Pilihan EditorTwo Cents

Keputusan Penting Bank Negara Malaysia Esok Jadi Perhatian Rakyat dan Pemerhati Luar – LIDAH PENGARANG

Semuanya tertumpu kepada Bank Negara Malaysia (BNM) esok!

Mengapa ?

Apakah kesannya kepada pengguna, institusi kewangan dan pelaburan serta perbankan ?

Apakah akan berlaku kadar dasar semalaman (OPR) yang menjadi penanda aras kadar faedah pinjaman ke paras terendah dalam sejarah ?

Dalam laporan Berita Harian ada menyebut bahawa Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memetik sebagai, berkata beliau berpendapat OPR bakal dikekalkan pada kadar 2.0 peratus.

Katanya, tanda pemulihan ekonomi mula kelihatan seperti peningkatan jualan kenderaan kepada 22,960 unit pada Mei lalu berbanding 141 unit pada April, yang mana angka itu adalah paras terendah dalam sejarah.

“Selain itu, sentimen perniagaan yang ditunjukkan oleh Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi bulan Jun sudah pun melepasi paras 50 mata. Ini bermakna, peniaga berasa optimistik setelah kegiatan ekonomi beransur-ansur dibuka pada awal Mei lalu.

“Justeru, tiada keperluan bagi BNM untuk mengurangkan OPR buat masa ini meskipun ruang untuk berbuat sedemikian sememangnya ada,” katanya.

MPC pada 5 Mei lalu mengurangkan OPR sebanyak 0.50 peratus.

Jawatankuasa itu pada 3 Mac dan 22 Januari lalu membuat keputusan untuk menurunkan masing-masing sebanyak 0.25 peratus.

Lidah Pengarang pun menunggu dengan penuh minat apatah lagi keadaan negara yang masih berdepan dengan Covid-19.

Segala-galanya masih terumbang ambing tetapi Lidah Pengarang percaya kerajaan sedia ada bijaksana dalam menghala tuju masa depan ekonomi negara.

Berita Harian juga melaporkan bahawa Ketua Penyelidik Kenanga Research, Wan Suhaimie Wan Mohd Saidie, yang menjangkakan BNM akan mengurangkan OPR sebanyak 25 mata asas lagi pada tahun ini.

“Sebabnya ialah masih ada ruang untuk bank pusat melakukan pengurangan itu bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

MIDF Research dalam laporannya pada 24 Jun lalu turut menjangkakan yang BNM akan mengurangkan OPR sebanyak 25 mata asas lagi pada tahun ini.

Katanya, memandangkan tekanan inflasi kekal rendah dan terdapat lebih banyak risiko negatif terhadap ekonomi termasuk COVID-19, ketegangan perdagangan global, ketidakstabilan politik dan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) ditambah dengan kadar dasar Rizab Persekutuan pada 0.25 peratus.

“Maka, BNM mungkin melakukan pemotongan OPR sebanyak 25 bps untuk tahun ini,” katanya. Yang penting Lidah Pengarang berpendapat mesti ada situasi menang-menang walaupun berada di tahap sesukar mana pun. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close