MalaysiaPilihan Editor

Keputusan SPM 2020: Kejayaan Bersejarah Semua Calon

Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini membuktikan kejayaan semua pihak khususnya pelajar Tingkatan Lima yang terpaksa menempuh kesukaran untuk meneruskan pembelajaran sewaktu pandemik COVID-19.

Pengarah Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali, berkata penganjuran SPM pada tahun 2020 bukan sahaja berbeza berbanding tahun sebelumnya malah bersejarah kerana menjadi peperiksaan pertama yang terpaksa ditunda sebanyak tiga kali.

Katanya, situasi itu menjadikan calon SPM pada tahun lalu sebagai kelompok pelajar yang tabah dan kental kerana terpaksa bersedia beberapa kali sebelum berjaya menduduki ujian peperiksaan pada Februari lalu.

“Calon SPM 2020 saya boleh gambarkan sebagai calon yang istimewa kerana menempuh satu perjalanan yang bersejarah buat sistem pendidikan negara.

“Kita bukan sahaja kali pertama kali menganjurkan peperiksaan dalam tempoh pandemik malah pelajar juga terpaksa belajar secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR​). Sudah tentu ini satu perjalanan yang cukup mencabar buat mereka.

“Walaupun PdPR yang belum lagi sempurna, calon ini tekad untuk menduduki SPM kerana peperiksaan ini bukan sahaja ditunda selama empat bulan malah tiga kali ditunda dan pengumuman keputusan hari ini adalah sesuatu yang perlu diraikan,” katanya dalam temubual Bernama TV secara maya, hari ini.

SYUKUR… Fazlinda Ahmad Kamal, 18, berpuas hati melihat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 melalui pautan laman web rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di rumahnya, hari ini. Semakan bagi keputusan SPM 2020 boleh dilayari oleh semua calon bermula pada hari ini sehingga 16 Jun depan menerusi laman web itu. - foto BERNAMA
SYUKUR… Fazlinda Ahmad Kamal, 18, berpuas hati melihat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 melalui pautan laman web rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di rumahnya, hari ini. Semakan bagi keputusan SPM 2020 boleh dilayari oleh semua calon bermula pada hari ini sehingga 16 Jun depan menerusi laman web itu. – foto BERNAMA

 

Phakaruddin berkata, perjalanan SPM 2020 juga bukan perkara yang mudah kerana banyak perkara yang terpaksa ditempuh Lembaga Peperiksaan sebelum kejayaan dirasai pada hari ini.

“Sejak awal tahun 2020 lag, kita mula merancang perkara yang sepatutnya dilaksanakan khususnya apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana pelajar akan memulakan PdPR.

“Perkara yang menjadi perhatian serta kerisauan umum adalah mengenai jadual peperiksaan lebih-lebih lagi SPM yang mempunyai taraf sijil. Oleh itu sejak awal lagi, kami memikirkan apa kaedah terbaik untuk menguruskan calon SPM 2020 dan apa yang perlu dilaksanakan untuk ia terus relevan,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai pendekatan baharu dilakukan Lembaga Peperiksaan untuk menguruskan seramai lebih 400,000 calon SPRM dan antaranya adalah menambah 15,000 bilangan petugas SPM berbanding tahun sebelumnya.

Kata Phakaruddin, kejayaan SPM 2020 akan menjadi aspirasi bagi menguruskan peperiksaan itu pada tahun ini, yang dijangka pada Mac, tahun depan.

“Nasihat saya kepada calon SPM 2021, lihatlah kejayaan yang dicapai calon tahun lalu. Jika mereka boleh berjaya anda juga mampu. Walaupun ada tempoh belajar di rumah, kita juga boleh berjaya sekiranya mengikut setiap arahan dan kewajiban yang dituntut,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close