Kedai RuncitPilihan Editor

Orang Bandar Lebih Belanja Rumah Utiliti, Orang Kampung Utamakan Makanan

Keutamaan perbelanjaan isi rumah di antara kawasan bandar dan luar bandar adalah berbeza menurut Laporan Survei Perbelanjaan Isi Rumah 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Mengikut laporan itu, isi rumah di kawasan bandar mencatatkan peratusan perbelanjaan tertinggi di dalam kumpulan perbelanjaan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain iaitu 24 peratus.

Manakala, kumpulan perbelanjaan makanan dan minuman bukan alkohol adalah peratusan perbelanjaan tertinggi bagi isi rumah di kawasan luar bandar (24.4 peratus), katanya.

“Melihat kepada perbelanjaan makanan dan minuman bukan alkohol menunjukkan isi rumah di kawasan luar bandar lebih mengutamakan penyediaan makanan di rumah berbanding isi rumah di kawasan bandar yang mencatatkan peratusan lebih rendah bagi perbelanjaan kumpulan berkenaan iaitu 16.1 peratus.

“Selain itu, perbelanjaan makan di luar yang boleh digambarkan melalui kumpulan restoran dan hotel pula, jelas lebih tinggi bagi isi rumah di kawasan bandar (11.4 peratus) berbanding isi rumah di kawasan luar bandar (9.8 peratus).

“Senario corak perbelanjaan di bandar juga telah dipengaruhi oleh perbelanjaan ke atas barangan dan perkhidmatan pilihan pengguna lain seperti rekreasi dan kebudayaan,” katanya.

Menurut laporan itu lagi, urbanisasi adalah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar ke bandar dengan Malaysia adalah antara negara-negara di Asia Timur yang mempunyai lebih banyak bilangan bandar dengan bilangan penduduk di bandar semakin meningkat dengan pesat.

Jelasnya, United Nations Department of Economic and Social Affairs (DESA) menjangkakan bahawa Malaysia akan mencatatkan kadar urbanisasi 80 peratus pada 2020 dan antara 85 hingga 90 peratus untuk 30 tahun akan datang.

“Dalam tempoh 2010 hingga 2019, tahap urbanisasi di Malaysia meningkat dari 71 peratus kepada 76.2 peratus,” katanya.

Sementara itu, laporan itu menunjukkan bahawa pada 2019, perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan purata tumbuh pada kadar 3.9 peratus setahun selari dengan pertumbuhan sederhana pendapatan isi rumah

bulanan purata 4.2 peratus bagi tempoh 2016 hingga 2019.

Dari segi nilai katanya, perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan purata meningkat daripada RM4,033 pada 2016 kepada RM4,534 pada 2019.

“Perbelanjaan penggunaan per kapita yang diperoleh dengan membahagikan nilai purata perbelanjaan isi rumah dengan saiz

isi rumah (3.8 orang) menunjukkan peningkatan 5.4 peratus kepada RM1,404 pada 2019 daripada RM1,194 pada 2016.

“Sementara itu, perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan penengah mencatatkan RM3,654 pada 2019 berbanding RM3,314 pada 2016,” katanya. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close