Kedai Runcit

Keuntungan Bersih Tahun Kewangan 2020 Datasonic Melonjak 65 Peratus

Keuntungan bersih Datasonic Group Bhd bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac, 2020, melonjak 65.1 peratus tahun ke tahun kepada RM60.32 juta daripada RM36.5 juta pada Tahun Kewangan 2019 atas sokongan hasil tinggi serta kos pembiayaan dan cukai pendapatan rendah.

Hasil meningkat 12.7 peratus kepada RM247.54 juta daripada RM219.6 juta sebelumnya disebabkan bekalan tinggi kad pintar dan barang guna habis, pasport serta perkhidmatan personalisasi dan penyenggaraan, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Pada masa depan, prospek bagi Datasonic kekal cerah apabila kumpulan terus membida beberapa proiek berskala besar nasional.

“Kami yakin dan optimis dengan prospek masa depan kerana Datasonic terus memanfaatkan kepakaran teknikal, pengalaman luas dan rekod prestasi yang telah terbukti,” kata Pengarah Urusannya Datuk Razali Mohd Yusof.

Nilai perolehan kontrak Datasonic berjumlah RM575 juta pada 31 Mac, 2020, manakala tahap kadar hutang bersih berada pada 0.2 kali.

Syarikat itu mengisytiharkan dividen interim keempat 0.5 sen sesaham bagi suku keempat menjadikan jumlah dividen sesaham bagi tahun kewangan semasa kepada tiga sen berbanding 2.5 sen pada Tahun Kewangan 2019.  – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close