Kedai RuncitPilihan Editor

Projek Usahawan Desa, Jana Pendapatan Lumayan 29 Wanita

Projek Usahawan Desa Pusat Komuniti Desa (PKD) Serting Ilir, di sini memberi manfaat dan membuka pintu rezeki kepada 29 usahawan wanita yang menjual pelbagai jenis produk makanan.

Bertemakan Destinasi Pelancongan, Gerbang Jualan Harian, sebanyak 72 jenis menu harian dijual pada harga RM1 hingga RM3 di tapak lokasi yang terletak di pintu gerbang Kampung Lonek.

Pengurus PKD Serting Ilir, Nurulazma Shafiqah Khairul Azhar, berkata selepas sebulan diperkenalkan bermula pada 17 November lalu, usahawan mampu membuat jualan terkumpul berjumlah RM33,000.

Katanya, hasil jualan juga dilihat terus meningkat apabila gerai jualan mereka dikunjungi ramai.

“Kita tidak membenarkan peniaga menjual harga dijual mahal bagi menggalakkan ramai datang, selain tidak mahu membebankan pengguna.

Katanya, PKD menyasarkan jumlah jualan bagi bulan pertama adalah sebanyak RM30,000, namun ternyata ia melangkau sasaran mereka.

“Dianggarkan lebih 70 pembeli dari sekitar Kampung Lonek dan berhampiran datang membeli juadah sebaik saja perniagaan beroperasi dari jam 4 petang hingga 7 malam setiap hari.

Jana pendapatan antara RM2,000 – RM5,000

Beliau berkata, peniaga dalam projek usahawan itu memperoleh antara RM2,000 sehingga RM5,000 pada bulan pertama ia diperkenalkan.

 

Selepas sebulan diperkenalkan bermula pada 17 November lalu, usahawan mampu membuat jualan terkumpul berjumlah RM33,000.- NSTP/Abnor Hamizam
Selepas sebulan diperkenalkan bermula pada 17 November lalu, usahawan mampu membuat jualan terkumpul berjumlah RM33,000.- NSTP/Abnor Hamizam

 

Program dianjurkan itu dapat membantu meningkatkan ekonomi usahawan kecil luar bandar yang kebanyakannya dari kawasan berhampiran.

Tiada bayaran dikenakan untuk menyertai program itu, selain makanan yang tidak habis dijual turut disedekah.

Usahawan, Noornasuha Ramli, 33, berkata beliau memperoleh keuntungan hampir RM5,000 selepas menyertai program itu pada pada bulan pertama.

Katanya, beliau akan terus berniaga di sini selagi program diadakan berikutan sambutan diterima menerusi jualan makanan ala Barat mendapat sambutan baik.

“Usaha PKD menganjurkan program ini sangat membantu khususnya usahawan dan peniaga kecil, apatah lagi mendapat sokongan orang ramai,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close