Duniaku Teknokrat

Ahmad Fuaad Kenali Dilantik Ketuai UMW

UMW Holdings Bhd (UMW) melantik Datuk Ahmad Fuaad Kenali sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (PGCEO) yang baharu yang akan berkuatkuasa pada 1 November 2020.

“Ahmad Fuaad akan mengambil alih tugas dan peranan Allahyarham Badrul Feisal Abdul Rahim yang meninggal dunia pada 31 Mei 2020,” kata UMW dalam satu kenyataan di sini

Ahmad Fuaad memulakan kerjayanya bersama Arthur Andersen & Co pada tahun 1994. Pada tahun 2001, beliau telah menggalas jawatan baru sebagai Pengarah Eksekutif Kewangan di Petaling Garden Bhd.

Pada tahun 2008, beliau memegang jawatan sebagai rakan niaga/ Pengarah Eksekutif di Ernst & Young, Kuala Lumpur dan berkhidmat dengan firma itu sehingga tahun 2010 sebelum beralih untuk menjawat jawatan Ketua Pegawai Kewangan di Astro Malaysia Holdings Bhd daripada Ogos 2010 sehingga Julai 2013.

Pada Ogos 2013, beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan di DRB-HICOM Bhd dan seterusnya menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Operasi – Kewangan dan Korporat di syarikat berkenaan sehingga Mac 2016.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif bagi Proton Holdings Bhd (PROTON) bermula dari 1 April 2016 hingga 30 September 2017.

Pada 1 Oktober 2017, Ahmad Fuaad menyertai Malakoff Corporation Bhd sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

“Kami sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan Ahmad Fuaad ke UMW, sebuah konglomerat terkemuka di Malaysia dengan sejarah yang merangkumi lebih dari satu abad. Pengalaman profesional dan korporat beliau akan dapat memberikan sumbangan yang besar kepada kumpulan.

“Saya dan Lembaga Pengarah teruja untuk bekerjasama dengannya. Kami yakin beliau akan dapat menggerakkan UMW ke tahap yang lebih tinggi, sementara terus memberikan nilai yang lebih baik kepada para pemegang saham kami,” kata Pengerusi Kumpulan UMW, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Dengan pelantikan Ahmad Fuaad sebagai PGCEO yang baharu, Azmin Che Yusoff akan berhenti menjadi Pemangku PGCEO UMW berkuatkuasa 1 November 2020 untuk kembali memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi – Korporat. – BERITA HARIAN

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close