GovernansKedai Runcit

KSP RMK12 Bantu PMKS Atasi Halangan, Tingkat Skala Perniagaan

Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 2021-2025 (KSP RMK12) telah menggariskan aspirasi antaranya untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) mengatasi halangan bagi berkembang dan meningkatkan skala perniagaan.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Ekonomi hari ini, beberapa bidang akan diperkukuh untuk mencapai sasaran yang ditetapkan, terutama dalam meningkatkan produktiviti dan eksport.

Antara lain dalam laporan itu, kementerian menyasar untuk melonjakkan bahagian eksport PMKS kepada 15 peratus pada 2025 daripada 10.5 peratus tahun lepas manakala penguasaan sektor itu dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 41 peratus pada 2025.

Ia menambah, purata pertumbuhan produktiviti tenaga kerja PMKS dijangka berkembang pada kadar yang lebih rendah sebanyak 3.5 peratus dalam tempoh 2021-2025 daripada 7.5 peratus (2021-2022).

* Penyediaan bantuan bersasar untuk PMKS meningkatkan eksport melalui risikan pasaran, pembinaan keupayaan serta peningkatan pembiayaan dan skim jaminan rantaian bekalan;

* Pelaksanaan program pembangunan pembekal termasuk penilaian bagi akreditasi dan pensijilan khusus untuk membina keupayaan PMKS;

* Pelaksanaan langkah proaktif melalui penetapan keperluan membuat hebahan penyumberan tempatan oleh pelabur asing sebelum merealisasikan pelaburan; dan

* Pembangunan ekosistem Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang berstruktur dan holistik untuk PMKS meningkatkan tawaran nilai dalam rantaian bekalan domestik dan global.

Penyertaan kukuh PMKS dalam rantaian bekalan akan mentransformasikan firma kepada entiti yang mempunyai pertumbuhan tinggi bercirikan penumpuan yang lebih tinggi kepada pengetahuan dan teknologi.

Pada masa yang sama, keutamaan sumber akan disusun semula bagi memastikan agihan bantuan pembiayaan yang lebih baik.

Menurut laporan itu, usaha meningkatkan bilangan entiti ini akan menghasilkan nilai ditambah yang tinggi kepada ekonomi dan pekerjaan berpendapatan tinggi pada masa hadapan. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close