Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

British Airways Jual Koleksi Seni Untuk Dapatkan Dana

British Airways (BA) dilaporkan terpaksa menjual beberapa koleksi seni bernilai jutaan pound untuk mengumpulkan dana bagi membantu syarikat mengharungi krisis yang dicetuskan wabak COVID-19, lapor agensi berita Jordan (Petra) pada Khamis.

Syarikat itu berkata koleksi berkenaan merangkumi karya seni Damien Hirst, Bridget Riley dan Peter Doig, satu daripadanya dipercayai bernilai lebih ASS$1 juta (RM4.27 juta).

Difahamkan, sekurang-kurangnya 10 karya seni sudah dijual.

BA turut terkesan dengan penurunan jumlah penerbangan dan dijangka mengurangkan ribuan pekerjaan.

Minggu lalu, pengerusi dan ketua pegawai eksekutif BA Alex Cruz berkata syarikat mengalami kekurangan aliran tunai dan masalah mungkin dapat diselesaikan dengan melaksanakan penstrukturan semula perniagaan.

Akhbar London Evening Standard, melaporkan penjualan karya seni itu dikendalikan oleh syarikat lelong, Sotheby’s. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close