Duniaku Teknokrat

Malaysia Airlines Kongsi Semangat Merdeka Dengan Penumpang

Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines tidak ketinggalan meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-63 dengan mengedarkan bendera Jalur Gemilang kepada para penumpang dua penerbangan domestik hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata acara patriotik berkenaan diketuai oleh Pengarah Operasi Penerbangan Kapten Hamdan Che Ismail.

Beliau menyertai anak kapal meraikan penumpang penerbangan MH2614 ke Kota Kinabalu dan MH2536 ke Kuching di pintu berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menyerahkan bendera Malaysia serta kit penjagaan diri percuma selain mematuhi peraturan penjarakan fizikal yang ditetapkan.

“Selain itu, kek khas Jalur Gemilang berperisa pandan pula disediakan oleh MAS Awana – penyedia khidmat makanan ruang rehat untuk penumpang domestik Golden Lounge KLIA.

“Penumpang itu bersama-sama memotong kek berkenaan atas rasa patriotik dan kebersamaan ketika Malaysia Airlines terus meraikan kepelbagaian gender, bangsa dan agama,” demikian menurut kenyataan syarikat penerbangan itu. — BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close