GovernansMalaysiaPilihan Editor

AUDIT NEGARA: Malaysia Alami Defisit RM99 Bilion, Hutang Negara Meningkat Kepada RM1.08 Trilion

Hutang Persekutuan pada akhir 2022 dicatatkan RM1,079.591 bilion, meningkat sebanyak RM99.777 bilion atau 10.2 peratus berbanding RM979.814 bilion pada 2021.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, berkata nisbah hutang Persekutuan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pula dicatatkan pada kadar 60.3 peratus.

 

Jadual kedudukan hutang dan liabiliti Kerajaan Persekutuan
Jadual kedudukan hutang dan liabiliti Kerajaan Persekutuan

Sementara itu, kedudukan Liabiliti Persekutuan pada 2022 berjumlah RM1.399 trilion, iaitu meningkat sebanyak RM94.116 bilion atau 7.2 peratus berbanding RM1.305 trilion pada 2021.

Katanya, Liabiliti Kewangan terdiri daripada Liabiliti Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dan Komitmen Kewangan serta Pelbagai Liabiliti pada 2022 pula dicatatkan sebanyak RM319.571 bilion.

“Daripada jumlah itu sejumlah RM34.492 bilion adalah Liabiliti PFI yang mana kedudukan baki dicatatkan berkurangan sebanyak RM1.083 bilion atau tiga peratus.

“Pada 2021, kedudukan baki dicatatkan sebanyak RM35.575 bilion. Sejumlah RM2.493 bilion sudah dibelanjakan bagi melunaskan prinsipal pinjaman dan bayaran faedah,” katanya.

Sementara itu, Nilai Aset Kewangan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2022 adalah sebanyak RM139.554 bilion.

Wan Suraya berkata, nilai itu terdiri daripada Pelaburan dan Akaun Belum Terima (ABT).

“Pelaburan dalam pegangan ekuiti syarikat, badan berkanun dan agensi antarabangsa adalah berjumlah RM34.030 bilion.

“ABT Kerajaan Persekutuan pula adalah berjumlah RM105.524 bilion yang terdiri daripada pinjaman dan Pendahuluan Boleh Dituntut serta Pelbagai ABT,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close