Governans

Belanjawan 2025 Kaji Isu Kartel, Monopoli & Punca Harga Barang Naik – PM

Belanjawan 2025 perlu menumpukan kepada usaha menangani kebimbangan rakyat untuk mengurangkan kos sara hidup, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberikan keselesaan kepada rakyat yang masih terkesan dengan masalah kos sara hidup.

“Satu hal yang sangat memprihatinkan ialah soal kebimbangan rakyat kerana masih berdepan dengan harga kos sara hidup yang meningkat.

“Jadi saya minta dalam belanjawan ini, selain daripada isu yang kita bincangkan, kita usahakan juga masalah kartel, monopoli dan punca kenapa harga barang naik,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya. Turut kelihatan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan di Putrajaya. Turut kelihatan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican. – Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Yang turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Anwar berkata, Kementerian Kewangan sebagai perancang utama harus memikirkan menerusi usaha rentas kementerian dan mencari kaedah serta jalan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Jelasnya, kos sara hidup yang meningkat itu antara lain disebabkan oleh masalah ketirisan, rasuah, seludup dan kartel.

“Saya tidak menafikan (kos sara hidup meningkat) walaupun saya boleh sebut gula kita, minyak paling murah, tepung paling murah, tapi bagi rakyat Malaysia masih rasa terbeban dan mereka tidak membandingkannya dengan Singapura atau Indonesia.

“Sama juga dari segi baja, benih dan semuanya harus kita tangani di mana Kementerian Kewangan terutama perancang (perlu) memikirkan rentas kementerian,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close