MalaysiaPilihan Editor

PASCA PRU15: Rakyat Tolak BN, Tak Layak Jadi Kerajaan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan parti itu tiada kuasa untuk menubuhkan kerajaan kerana ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, sewajarnya Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bergabung menubuhkan kerajaan Persekutuan.

“Mereka mendapat bilangan nombor undi yang lebih tinggi.

“BN bersedia menjadi pembangkang yang bertanggungjawab ‘check and balance’ kerajaan baru,” katanya di media sosial malam ini.

“Kalau masih tak dapat juga tubuh kerajaan, tolong jangan salahkan kami.

Dalam PRU15, PH memenangi 82 kerusi, PN 73, BN 30, Gabungan Parti Sarawak (GPS) 23 dan Parti Warisan (tiga).

Dewan Tertinggi BN hari ini bermesyuarat untuk memutuskan pendirian menyokong gabungan parti bagi membentuk kerajaan Persekutuan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan 26 Ahli Parlimen BN akan menyokong keputusan Dewan Tertinggi BN untuk bergabung dengan mana-mana parti.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata beliau mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen untuk dicalonkan sebagai perdana menteri. – BH ONLINE

 

Anwar dijangka menerima akuan bersumpah daripada Ahli Parlimen BN dan PH esok. - Foto hiasan AFP
Anwar dijangka menerima akuan bersumpah daripada Ahli Parlimen BN dan PH esok. – Foto hiasan AFP

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close