MalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: PN Bincang Dengan BN Bentuk Kerajaan Perak

Perikatan Nasional (PN) Perak akan berbincang dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan negeri, bagi mendapat majoriti mudah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Pengerusi PN 1 Perak, Razman Zakaria, berkata PN secara rasmi memenangi 26 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan jumlah itu tidak cukup bagi mendapat majoriti mudah, iaitu 30 kerusi.

Beliau mengulangi pendirian menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

PH memiliki 20 kerusi DUN.

“Kita di PN Perak akan buat perbincangan dengan kawan-kawan kita yang ada di sebelah sana (BN) untuk bentuk kerajaan negeri. Sejelas-jelasnya, kami takkan bersama. ‘No Anwar’, ‘no DAP’.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan untuk membentuk kerajaan, gabungan perlu memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi.

Di Perak, PN menang di kerusi DUN Pengkalan Hulu, Kenering, Selama, Kubu Gajah, Batu Kurau, Titi Serong, Kuala Kurau, Alor Pongsu, Gunong Semanggol, Selinsing.

Selain itu Kuala Sepetang, Changkat Jering, Trong, Kamunting, Chenderoh, Lubok Merbau, Manjoi, Bukit Chandan, Manong, Sungai Manik, Kampong Gajah, Pasir Panjang, Pangkor, Changkat Jong, Slim, dan Bota. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close