GovernansMalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: ‘Parlimen Tergantung, Tiada Parti Dapat Majoriti Lebih 50 Peratus’ – SPR

Parlimen Malaysia boleh disifatkan kini berada dalam keadaan tergantung atau Hung Parliament, selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan setakat ini, tiada parti memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada 219 kerusi dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) semalam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata setakat jam 4.30 pagi ini, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 82 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) 73 kerusi, Barisan Nasional (BN) 30, Gabungan parti Sarawak (GPS) 22, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) enam kerusi, Parti Warisan (tiga), Bebas (dua) dan Parti Bangsa Malaysia (satu).

“Tiga bahagian PRU tidak dapat diumumkan iaitu Parlimen Padang Serai kerana kematian calon, Parlimen Kota Marudu serta Baram atas masalah cuaca,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan keputusan PRu15 di sini, pagi ini.

Abdul Ghani juga memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi kerusi Parlimen pada PRU15 adalah sebanyak 73.8 peratus.

“Tiada mana-mana parti yang memperoleh 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 70.48 peratus,” katanha.

“PN memperoleh 26 kerusi, PH (24) dan BN (9). Peratusan keluar mengundi sebanyak

66.71 peratus,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close