MalaysiaPilihan Editor

MENJELANG PRU15: PAS pilih PN, UMNO Bergerak Sendirian

UMNO akan bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), susulan keputusan PAS memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai sekutunya.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan PAS itu sudah dijangka.

“Hakikatnya, UMNO tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid berkata, susulan itu UMNO dan Barisan Nasional memutuskan untuk bergerak sendiri dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan.

 

Sebahagian peserta Persidangan Muafakat Nasional Peringkat Kedah pada 2019. - Foto hiasan NSTP/SHARUL HAFIZ ZAM
Sebahagian peserta Persidangan Muafakat Nasional Peringkat Kedah pada 2019. – Foto hiasan NSTP/SHARUL HAFIZ ZAM

 

Terdahulu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai sekutu, bagi menghadapi PRU-15 dengan keputusan itu berpaksikan prinsip penyatuan ummah.

Sebelum ini, Ahmad Zahid meminta PAS menyatakan pendirian sama ada mahu bekersama dengan BN dan memberikan beberapa syarat, termasuk memutuskan hubungan dengan PN. – BH ONLINE

 

Ahmad Zahid bertukar dokumen Piagam Muafakat Nasional dengan Abdul Hadi di Kuala Lumpur. - Foto hiasan NSTP/AIZUDDIN SAAD
Ahmad Zahid bertukar dokumen Piagam Muafakat Nasional dengan Abdul Hadi di Kuala Lumpur. – Foto hiasan NSTP/AIZUDDIN SAAD

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close