Pilihan EditorTurun Naik

Menyediakan Sokongan Yang Sesuai Untuk Pelajar Semasa Pembukaan Semula Sekolah – Cambridge

Oleh Ben Schmidt

Selepas tempoh pandemik yang menguji, masyarakat kini menghadapi cabaran yang lebih besar seperti inflasi dan kehilangan mata pencarian.

Satu lagi bidang yang menimbulkan kebimbangan ialah penyatuan semula dan pembangunan pendidikan generasi muda kita selepas hampir dua tahun menjalani pembelajaran jarak jauh.

Laporan oleh Bank Dunia, UNESCO, UNICEF, Foreign Commonwealth and Development Office (FCDO) kerajaan UK, USAID dan Bill & Melinda Gates Foundation baru-baru ini mendedahkan bahawa kemiskinan pembelajaran telah meningkat sebanyak satu pertiga di negara berpendapatan rendah dan sederhana, dengan anggaran 70% daripada kanak-kanak berumur 10 tahun tidak dapat memahami teks bertulis yang mudah. Angka itu jauh lebih tinggi daripada kadar anggaran 57% sebelum pandemik. 

Tidak dinafikan, tanpa kemahiran asas yang kukuh, kanak-kanak tidak mungkin memperoleh kemahiran berfikir aras tinggi dan teknikal, aspek yang diperlukan untuk berkembang maju dalam industri yang kian mencabar dan digital.

Di Malaysia, sekolah kini sudah dibuka semula dengan tujuan untuk menyokong pembangunan kemahiran dalam kalangan pelajar.

Walaupun pembelajaran jarak jauh dan dalam talian akan terus memainkan peranan penting, sekolah juga mengiktiraf faedah pembelajaran secara fizikal dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran mendalam serta mengalakkan pembangunan kemahiran sosial melalui interaksi dengan rakan sebaya dan guru.

Sempena pembukaan semula sekolah, adalah penting untuk ingat bahawa kesejahteraan pelajar merupakan aspek yang perlu diberikan perhatian.

Ini merupakan faktor yang mendorong Cambridge untuk menyediakan sokongan progresif daripada usia awal untuk membantu pelajar mengembangkan tahap celik emosi dan daya tahan sepanjang tempoh persekolahan mereka.

Kami menyedari kepentingan bentuk penilaian yang berbeza untuk pelajar Sekolah Rendah dan Menengah Rendah Cambridge yang selalunya mampu melakukan lebih banyak lagi dalam bilik darjah berbanding yang ditunjukkan dalam penilaian.

Progression Tests

Progression Tests Cambridge direka untuk membantu mengurangkan kegelisahan apabila menduduki ujian. Ujian ini diambil dalam persekitaran bilik darjah dan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran biasa.

Ia menyediakan data prestasi pelajar yang berharga kepada sekolah sambil membantu mereka dalam persediaan untuk Ujian Pusat Pemeriksaan yang lebih formal.

Checkpoint Tests

Checkpoint Tests pula merupakan penilaian hasil tambah yang dinilai oleh Cambridge, dilakukan secara lebih formal untuk menghasilkan laporan diagnostik yang komprehensif tentang kemajuan seseorang pelajar dan pengesahan luaran terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku.

Apabila ditanya mengenai Progression dan Checkpoint Tests, Dr Choong Foong Hiam, seorang guru di Austin Heights International School berkongsi: “Di Sekolah Antarabangsa Austin Heights, para guru merancang dan mengajar berdasarkan kurikulum dan format Checkpoint Tests.

Kaedah ini telah membantu pelajar menyesuaikan pembelajaran mereka dengan kemahiran dan sasaran yang lebih khusus.

Mereka juga dimaklumkan tentang kemajuan mereka melalui satu siri latihan pengukuhan Progression Tests dan Checkpoint Tests, para pelajar juga dilihat lebih melibatkan diri dan sering mendapatkan bimbingan secara aktif daripada guru.

Dengan cara ini, guru juga akan berpeluang memberikan bimbingan yang khusus kepada pelajar berdasarkan kekuatan dan kelemahan mereka.”

Wellbeing Check

Wellbeing Check yang baru dilancarkan daripada Cambridge CEM merupakan penilaian digital diterajui pelajar yang pantas dan intuitif yang dibangunkan menggunakan penyelidikan daripada Universiti Cambridge.

Ia membantu sekolah untuk mengenal pasti bidang di mana pelajar berasa baik dan berjaya, dan bila dan di mana mereka memerlukan sokongan tambahan.

Kesihatan Mental

Walaupun ujian memastikan pembangunan pendidikan tersusun untuk pelajar, perlu ditekankan bahawa kesihatan mental pelajar turut terjejas semasa pandemik.

Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2019, 7.9% daripada kanak-kanak berumur antara 5 hingga 15 tahun didapati mengalami masalah kesihatan mental. Jumlah ini meningkat berbanding kajian yang dilakukan sebelum ini pada 2015

Di Cambridge International, mengutamakan kesejahteraan dalam masa gangguan dan peralihan adalah penting.

Sepanjang pandemik Cambridge telah memberikan sokongan kepada sekolah untuk mempromosikan perbualan terbuka dan menyokong mengenai isu kesihatan mental, tetapi apakah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa di rumah untuk menyokong anak mereka dalam perjalanan kembali ke normal ini?

Mengakui – Bahawa keadaan ini tidak pernah berlaku sebelum ini boleh membantu dalam memastikan anda tidak terlalu memaksa anak anda.

Mendengar   Mungkin tidak realistik untuk mengharapkan anak anda untuk terus menyesuaikan diri dengan jadual waktu persekolahan yang ketat, jadi biarkan mereka berhenti seketika, bercakap dengan rakan mereka dan menumpukan semula perhatian mereka secara beransur-ansur.

Berkongsi – hubungan rumah-sekolah yang baik adalah lebih penting pada masa ini. Cara yang baik untuk membantu anak anda berasa lebih bersedia adalah dengan berkongsi rancangan sekolah untuk sepanjang penggal atau semester. Kanak-kanak sering mendapati bahawa mengetahui susunan topik adalah berguna supaya mereka boleh mencari sumber yang baik untuk menyediakan dan menyemak kandungan.

Renungkan – Minta mereka memberitahu anda tentang perkara yang mereka suka atau tidak suka tentang pembelajaran dari rumah semasa pandemik, dan minta mereka berkongsi perasaan mereka. Renungkan bersama mereka sama ada mana-mana teknik tampak berfungsi dengan lebih berkesan dan mengapa ini mungkin berlaku.

Chuah Chung Peng, salah seorang ibu bapa dari Austin Heights International School, menjelaskan: Peralihan daripada pembelajaran digital kepada kelas fizikal telah berjalan lancar untuk anak saya. Semasa pandemik, saya banyak memberi perhatian kepada pembelajaran anak saya.

Saya sering mendengar dengan penuh perhatian kelas dalam talian dan peka terhadap tindakan anak saya, kerana kanak-kanak mempunyai bahasa mereka yang tersendiri.

Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk berkomunikasi dengan anak-anak kita, kerana ini membolehkan kita memahami dengan lebih baik masalah, isu peribadi, kekurangan dan potensi mereka.”

Dengan memastikan bahawa pelajar mempunyai persekitaran yang selamat dan tersusun, dalam kedua-dua aspek pendidikan dan juga kesihatan mental, barulah kita boleh mula merapatkan jurang selepas pandemik dan mengejar masa depan yang lebih cerah untuk generasi muda kita. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

  • Penulis ialah Pengarah Serantau Asia Tenggara & Pasifik, Cambridge.
[Mengenai Cambridge Assessment International Education – Cambridge Assessment International Education menyediakan pelajar sekolah untuk kehidupan, membantu mereka mewujudkan sifat ingin tahu yang bermaklumat dan semangat yang berpanjangan terhadap pembelajaran. Cambridge Assessment International Education merupakan sebahagian daripada Universiti Cambridge.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close