Ekonomi Islam & GlobalGovernans

Belanjawan 2025: RM100 Juta Dana Padanan Bagi Pembiayaan Kewangan Islam

Sejumlah RM100 juta dana padanan disediakan kerajaan bagi menggalakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam baharu berasaskan nilai Islam supaya tidak lagi bergantung kepada produk patuh syariah yang mirip konvensional.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata antara pembiayaan yang diperintiskan termasuk berasaskan prinsip musharakah membabitkan perkongsian risiko dan keuntungan yang adil.

“Kemudahan ini tertumpu kepada projek kewangan iklim termasuk projek keterjaminan makanan dan dilaksanakan dengan padanan dana daripada institusi perbankan Islam dan pelabur swasta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, sejumlah RM10 juta turut diperuntukkan bagi menyokong usaha sama antara Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan INCEIF University dalam meningkatkan lagi kefahaman serta pemakaian nilai universal ekonomi Islam.

Anwar berkata, kerajaan juga akan menyediakan geran padanan berjumlah RM20 juta melalui program i-TEKAD yang ditawarkan melalui 13 bank dan 70 rakan pelaksana.

Katanya, darioada jumlah itu, RM5 juta adalah khusus untuk menyumbang kepada caruman insurans atau takaful bagi usahawan mikro.

“Kerajaan juga menyokong pelaburan berimpak sosial lain termasuk pembiayaan P2P patuh syariah dan pendanaan awam ekuiti di bawah program MyCIF dengan menyediakan geran padanan RM40 juta,” katanya.  – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close