MalaysiaPilihan Editor

PASCA PRU15: PAS Tak Sertai Kerajaan Perpaduan, Jadi Pembangkang Konstruktif

 PAS menegaskan tidak akan menyertai Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif bersama Perikatan Nasional (PN).

Kenyataan terkini dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, itu menyusul kira-kira 24 jam selepas parti itu memaklumkan akan membincangkan tawaran menyertai Kerajaan Perpaduan bersama rakan komponen PN.

Ia senada dengan kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menegaskan gabungan parti politik itu akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen dengan membawa suara rakyat selaras prinsip demokrasi berparlimen.

“Setelah membuat pertimbangan dari pelbagai sudut serta meneliti pendapat umum, PAS berpendirian tidak akan menyertai Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

Semalam, Takiyuddin melalui kenyataan kepada media memaklumkan selain berbincang dengan rakan komponen dalam PN, PAS juga akan meninjau pandangan dan kesediaan rakyat khususnya pengundi yang memberikan undi memberangsangkan kepada PAS dan PN dalam PRU15.

Ia susulan sidang media sulung Anwar selepas mengangkat sumpah memegang jawatan Perdana Menteri yang mengajak PN mendukung Kerajaan Perpaduan yang ditubuhkannya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close