MalaysiaPilihan Editor

Warna Warni Majlis Berbuka Puasa MOTAC Bersama Diplomat Asing Di Malaysia

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Suasana yang sederhana tetapi meriah mewarnai Majlis Berbuka Puasa Ramadan Bersama Diplomat Asing di Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia atau Tourism Malaysia (TM) malam tadi.

 

Bertempat di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur, hadir sama ialah Menteri MOTAC, Datuk Seri Tiong King Sing menyantuni Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi dan Duta-duta dari 63 buah negara asing yang bertempat di negara ini.

Majlis diadakan bertujuan mengerat jalinan persahabatan Malaysia dengan negara-negara sahabat di samping memperlihatkan budaya Malaysia.

Tetamu jemputan dihidangkan dengan juadah Malaysia di samping paparan seni dan budaya Malaysia seperti persembahan Gambus dan Sape serta pameran kraftangan seperti Songket, Batik dan ukiran kayu oleh Kraftangan Malaysia.

Turut hadir,  Ketua Setiausaha kementeiran, Datuk Hajah Saraya Arbi dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar. – BACALAHMALAYSIA.MY/PIC MOTAC

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close