Tech For Good Institute (TFGI), sebuah organisasi pemikir bukan keuntungan yang diasaskan oleh Grab, menganjurkan sesi dialog nasional pertama di Malaysia.
TFGI ditubuhkan bagi mendahulukan kajian dan dialog mengenai pemanfaatan teknologi dalam memupuk akses inklusif kepada ekonomi digital Asia Tenggara.
Laporan kajian terkhusus mengenai Malaysia dari projek sulung TFGI – “Ekonomi Platform: Pemangkin Pertumbuhan Digital Asia Tenggara (Platform Economy: Southeast Asia’s Digital Growth Catalyst)”, hasil kerjasama dengan Bain & Company, turut dipaparkan dalam acara maya ini.
Laporan tersebut menyebut, infrastruktur digital dan peralihan digital yang tinggi di kalangan warga pengguna Malaysia adalah asas penting kepada pengembangan ekonomi digital.
67% penduduk Malaysia mempunyai akses digital menerusi langganan telefon mudah alih dan 83% daripada kumpulan ini telah beralih kepada kaedah pembayaran digital menerusi e-dompet.
Pengguna Malaysia juga mahir guna digital, dengan majoriti besar iaitu 83% daripada mereka membeli secara online.
Namun, untuk menggalakkan lagi potensi ekonomi digital Malaysia, banyak perkara harus dilakukan, antaranya – menyokong sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) guna kelebihan digital untuk meningkatkan produktiviti dan melebarkan capaian pengguna; membangun ekosistem teknologi lasak supaya membantu syarikat baharu menggarap peluang global bagi pembiayaan usaha modal; mendapatkan khidmat bakat teknologi.
Laporan itu juga menyeru supaya kolaborasi awam-swasta dimantapkan supaya memasti pertumbuhan ekonomi digital yang inklusif dan mampan, termasuk pendekatan mengurus perubahan sosial dan ekonomi baharu dan dalam masa sama terus membolehkan inovasi.
TFGI bercadang menjadi platform pemikir-kepemimpinan rantau ini bagi sektor awam dan swasta menjalankan kajian bersama, berkongsi kepakaran dan berbincang mengenai trend sosioekonomi yang berteraskan teknologi, supaya dapat memudahcara kefahaman dan rekabentuk polisi dalam era digital ini.
Dialog nasional pertama kali ini menghimpun para pemikir dan pengamal tersohor yang membincang tentang impak dan peranan platform digital di Malaysia, dan mencari rumusan bagi menjalin kerjasama untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi ekonomi digital Malaysia.
Dialog ini diserikan oleh tetamu kehormat YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
Pembentang lain pada dialog itu termasuk wakil dari sektor awam dan swasta seperti Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Iskandar Ismail, CEO Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Azita Azizan, Pengasas Bersama Aerodyne dan Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali, Pengarah Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi dan Profesor Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
“Perjalanan digitalisasi Malaysia berlaku dengan begitu pesat sekali. Pada masa kini, warga Malaysia boleh menambah kepada pendapatan isi rumah mereka secara sambilan.
“Para graduan kita atau penganggur kita kini oleh mengakses pendapatan tambahan yang fleksibel, memberikan mereka satu lagi jaringan keselamatan untuk menjalani kehidupan harian.
“Sesetengah rakyat Malaysia tidak lagi mengunjungi pasar pagi namun usahawan pasar telah berkembang maju dalam talian dan buat pertama kali dalam sejarah negara kita, pemandu pekak atau kurang upaya boleh membawa penumpang, kerana navigasi kini digital sepenuhnya.
“Sepertimana yang ditunjukkan contoh-contoh ini, saya percaya memang senantiasa ada kemahuan; kita hanya perlu membuat jalannya”, kata Sean Goh, Pengarah Urusan, Grab Malaysia.
Beliau menyambung, “Kami berharap bersama-sama, sektor awam dan swasta dapat terus menggunakan teknologi sebagai kekuatan untuk kebaikan dalam merealisasikan potensinya untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan memastikan terdapat adanya tempat untuk semua orang dalam ekonomi digital masa hadapan kita”. ”
Impak platform O2O di Malaysia
Antara hasil kajian utama TFGI khususnya terhadap Malaysia daripada laporan dialog sulung “Platform Economy: Southeast Asia’s Digital Growth Catalyst” termasuk:
Pengguna telah beralih kepada Platform O2O:
- 7 daripada 10 telah menambah perbelanjaan pada platform berbanding 1-2 tahun lalu. Majoriti setuju bahawa platform telah memberi impak positif dalam kualiti kehidupan seperti lebih selesa, perbandingan harga lebih baik, dan pilihan lebih luas jika dibandingkan dengan pengalaman ketika membeli secara offline.
- Pengguna warga Malaysia menghargai akses terhadap pilihan, sekurang-kurangnya 89% setuju bahawa mereka boleh mengakses pilihan produk yang lebih luas mengguna platform.
Platform memberi impak positif kepada MSME:
- 85% perusahaan MSME yang dikaji berkata peranan platform adalah kritikal kepada kejayaan masa depan mereka.
- 82% daripada pihak yang dikaji memaparkan mereka mampu menjual lebih banyak kepada setiap pengguna menerusi platform manakala 72% menyatakan adalah lebih menguntungkan menjual menerusi platform berbanding berniaga secara offline atau in-store.
- 71% daripada perusahaan e-dagang dan F&B MSME Malaysia yang dikaji menyatakan kemungkinan menghadapi penurunan jualan lebih teruk jika tidak mengguna kelebihan platform bagi mengendali perniagaan ketika Covid-19.
- Platform telah mencipta peluang pendapatan tambahan kepada warga Malaysia di mana 73% rakan penghantar Grab menyatakan pendapatan mereka bertambah setelah menyertai platform
Penemuan utama Indeks Kemajuan Ekonomi Baru Malaysia (NPI):
- Warga Malaysia membuat lonjakan besar dalam pembangunan infrastruktur digital. 2 daripada 3 penduduk berumur 18 tahun ke atas telah beralih mengguna internet mudah alih, dan 1 daripada 2 telah membayar secara digital.
- Lebih banyak dapat dilaksana bagi membangun infrastruktur fizikal seperti menambah liputan penghantaran hari yang sama dan kelajuan internet mudah alih terutama di kawasan bukan bandar.
- Malaysia masih berada di peringkat awal untuk membawa para peniaga MSME ke dalam talian. Penyertaan MSME dalam ekonomi platform masih agak rendah iaitu 36%. Penghantaran makanan secara online dan e-dagang memberi sumbangan hanya sebanyak 12% daripada jumlah jualan runcit pada 2020.
Merujuk kepada hasil kajian, Aadarsh Baijal, Partner di Bain & Company, menyatakan: “Platform O2O telah menjadi teras kepada pertumbuhan Asia Tenggara.
“Syarikat berkaitan telah dapat membantu merapatkan kedua-dua jurang infrastruktur fizikal dan digital seperti dialami di rantau ini buat sekian lamanya.
“Di Malaysia, platform O2O adalah nadi pengupaya MSME berkembang maju bisnes sambil menyediakan tahap keselesaan tiada taranya kepada para pengguna.
“Demi pertumbuhan berterusan buat O2O, satu kerjasama awam dan swasta yang lebih mantap harus digembleng bagi mengatasi cabaran sambil mencipta penyelesaian inovatif yang mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekosistem digital di negara ini”.
Maklumat lanjut tentang Tech For Good Institute atau untuk muat turun laporan sepenuhnya, sila layari: https://techforgoodinstitute.org/the-platform-economy-southeast-asias-digital-growth-catalyst/ – GRAB NEWS