Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: Roll-Royce Motor Cars Mempersembahkan Reka Bentuk Dibina Khas Atas Tempahan Coachbuilt Boat Tail Terbaharu

Boat Tail, Episod Terbaharu - Kemasan luaran yang unik dan perincian dalaman diilhamkan daripada sumber inspirasi “Ibu Segala Mutiara”

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

“Reka bentuk coachbuild khusus ini meningkatkan usaha kami sebagai House of Luxury ke ruangan baharu;  ia adalah haute couture dalam industri kami.

“Untuk individu teristimewa yang menempahnya pula akan ditawarkan mengikut aspek keperibadian, ekspresi diri dan perkhidmatan Bespoke yang terarah kepada elemen individu atau tersuai bagi tempahan awal.

“Bukan sekadar sebuah kereta yang cantik lagi indah, reka bentuk coacbuild merupakan legasi yang terangkum suatu keperibadian luar biasa dan memercikkan suatu emosi bergema untuk setiap pelanggan.

“Buat para pereka kami, Coachbuild turut memberi kebebasan yang tiada tolok tandingannya; peluang untuk menghasilkan rekaan, bahan, kejuruteraan dan mutu ketukangan ke tahap paling tinggi.

“Dalam hal ini, Rolls-Royce – sebagai marque yang bereputasikan syarikat kenderaan tersohor dalam penghasilan reka bentuk kereta diibaratkan ‘sirih pulang ke gagang’ yang kembali ke akar umbi dalam revolusi kontemporari yang mana kami telah dapat memberikan sesuatu yang mustahil dalam pembuatan automotif konvensional menjadikan ia realiti yang amat menakjubkan.”

Torsten Müller-Ötvös, Ketua Pegawai Eksekutif, Rolls-Royce Motor Cars

“Setiap tempahan khas Rolls-Royce Coachbuild, semestinya sangat istimewa; tetapi dalam kes ini, terdapat tambahan perasaan emosi yang mendalam.

“Tempahan rekaan kereta kali ini sebagai satu penghormatan seorang bapa pelanggan dan sejarah keluarga adalah keunggulan luar biasa; di samping satu ketanggungjawaban yang dekat di hati.

Ironinya hubungan penaung pemilik ini yang berakar umbi dengan Boat Tail adalah suatu inspirasi – hasilnya jauh melebihi daripada alat pengangkutan untuk menjadi, secara harfiahnya sebuah karya seni yang bergerak.”

Alex Innes, Ketua Reka Bentuk Coachbuild, Rolls-Royce Motor Cars

Rolls-Royce Motor Cars berbesar hati untuk mempersembahkan episod terbaharu dari rekaan Coachbuild  Boat Tail yang dibina khas berdasarkan kehendak penempah atau pemiliknya – hanya satu daripada tiga yang telah dihasilkan dan pernah dihasilkan.

Penghasilan intipati dalam rekaan khas Coachbuild Rolls-Royce ini ialah ia sepenuhnya mengisahkan penceritaan unik dan keperibadian pemiliknya, yang mencerminkan sejarah, cita rasa dan kepekaan tersendiri.

Berpegang kepada aspek ini, Boat Tail akan didedahkan secara umum di Concorso d’Eleganze, Villa d’Este 2022, terletak di tepian  pantai dan Tasik Como di utara Itali sebagai kemuncak suatu karya agung yang ada cabarannya, di samping elemen kecanggihan, keanggunan serta ketelitian dalam perincian.

Boat Tail adalah hasil tukangan tangan sepenuhnya, dengan panel badan diperbuat daripada kepingan tunggal aluminium yang lebar untuk menghasilkan garis besar tersendiri yang diilhamkan oleh kapal layar perlumbaan pada awal abad ke-20.

Dalam setiap penghormatan, kereta mewah yang luar biasa ini memiliki keunikan sepenuhnya.

Ia telah ditempah oleh penaung yang menjalankan perniagaan keluarganya iaitu industi mutiara dan telah berkembang sejak asal-usul bapanya lagi.

Pelangan teristimewa ini telah mengembara secara meluas, berpendidikan antarabangsa dan mempunyai citarasa kosmopolitan dan berpengaruh. Pelanggan ini juga seorang penaung seni yang teguh dan juga turut memiliki koleksi kereta klasik dan moden yang agak besar ditempatkan di muzium persendirian.

Idea canggih yang diilhamkan daripada pengalaman luas pelanggan mengenai kemewahan, jelas boleh dilihat dalam objek seni yang diidamkan ini.

Estetika reka bentuk keseluruhan terkawal; kajian mendalam terhadap bahan yang dipertimbangkan dilaksanakan dengan teliti dan perincian tepat yang dapat menzahirkan penghormatan emosi bergema yang sangat peribadi kepada bapa pelanggan ini.

Pada permulaan proses melaksanakan pemintaan pelanggan, beliau mempersembahkan kepada pasukan pereka Rolls-Royce Coachbuild dengan pilihan empat cengkerang mutiara, yang disaring sendiri daripada koleksi peribadinya untuk warna dan kerumitan rekaan unik. Cengkerang ini memberikan sumber inspirasi untuk warna luaran, yang merupakan salah satu kemasan paling kompleks rekaan khas yang pernah dicipta oleh Rolls-Royce. 

Asas warna ini adalah gabungan kilauan tiram dan bunga mawar lembut yang besar dan putih dihiasi pula dengan serbuk mika gangsa, sekali gus menambah kualiti unik mutiara yang akan berubah secara perlahan-lahan di bawah persekitaran cahaya berbeza.

 

Bonet kereta berwarna Cognac yang berbeza, dicipta khusus untuk kereta Boat Tail ini, di samping ia mengandungi kepingan mika aluminium berwarna keemasan dan dihiasi lapisan kristal serta dipadankan dengan warna cerah, lalu menambahkan kehangatan dan kedalaman yang ketara pada penampilan kereta mewah berkenaan. Lebih menyerlah, gentian teknikal tapak di bahagian bawah Boat Tail turut menggabungkan anyaman benang mawar keemasan.

Di bahagian belakang, ia menempatkan suite pengehosan Boat Tail yang unik, berbentuk rama-rama, seolah-olah dilitupi lapisan kayu venir warna Royal Walnut, bertatahkan jaluran bersalut mawar keemasan dengan kemasan berus satin untuk memastikan keserlahan penampilan yang sensitif lagi canggih.

Warna Royal Walnut telah dipilih khas oleh pelanggan kerana kecantikan alamnya kerana sumber ini semakin lama digunakan semakin bernilai selain warnanya pula akan beransur-ansur beralih kepada sifat tona warna Cognac.

Dari pandangan atasnya, jika diperhatikan, seseorang dapat melihat akan keseimbangan harmoni hasil daripada kesan satin pada bonet ais dan bahagian dek belakang kayu sentuhan, dalam arah berbeza dengan perspektif hadapan dan sisi berkilat tinggi.

Dari sisi depan, gril Pantheon, dikisar dari satu pepejal aluminium atas elemen kerohanian Spirit of Ecstasy yang dibentuk dalam warna mawar keemasan.

Kemasan dalaman yang indah itu menampilkan gabungan sempurna hasil padanan berwarna Cognac dan warna kulit tiram serta lapisan hiasan kayu halus Royal Walnut, dengan  warna mawar keemasan yang ditambah seri ibu mutiara secara menyeluruh.

Menonjolkan lagi keunggulannya, bahagian kulit yang dilengkapi kemasan mutiara  menyerlahkan permukaan dan bentuk tempat duduk Boat Tail serta reka bentuk dalamannya.

Terowong transmisi yang terbentuk daripada Royal Walnut lapisan hiasan kayu halus dengan jalur merah mawar keemasan mewujudkan penglihatan langsung terarah ke dek belakang lalu menampilkan tambahan bercahaya yang indah pada kemasan dalaman Boat Tail.

Di bahagian tengah papan pemuka ialah jam tangan yang diperbuat daripada ibu mutiara, di mana telah dipilih dan diserahkan pelanggan daripada koleksi peribadinya; penampilan fascia yang asli dan satu-satu seadanya telah menyerlahkan lagi nilai berharga jam itu.

Terus mengekalkan nilai yang unggul ini, bahan bernilai sama turut disuaikan pada suis kawalan dan instrumen permukaan yang boleh bergerak menggambarkan betapa eratnya hubungan antara kereta mewah ini dengan pemilik atau pelanggan teristimewa dan warisan keluarganya.

Alex Innes, Ketua Reka Bentuk Coachbuild berkata, “Boat Tail ialah perubahan penting dalam kepintaran dan kebebasan kreativiti.

“Membina kenderaan bermotor dengan tangan membuktikan kita dapat mencapai sesuatu dan mengharungi cabaran yang mungkin terhalang oleh kaedah perindustrian sedia ada.

“Inilah kisah dua dunia: penghasilan kenderaan moden bermotor dengan reka bentuk kontemporari, dapat diciptakan melalui amalan tradisi dan seni yang diperturunkan selama bertahun-tahun lamanya. Ternyata ia tiada tolok bandingan. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close