Kedai RuncitPilihan Editor

Budaya ‘Kafe’ Hidupkan Semula Industri Kedai Kopi di Malaysia

Ramai rakyat Malaysia telah mula membudayakan “kafe kopi” sebagai satu trending kehidupan masa kini.

Kalau dilihat persekitaran di bandar raya, pinggir bandar malah di bandar satelit, bandar kecil dan pekan di kawasan luar bandar, kewujudan kafe kopi sudah menjadi satu kemestian gaya hidup,

Budaya ‘kafe kopi’ yang meningkat di negara ini telah menghidupkan semula industri kedai kopi dengan kadar pertumbuhan output tahunan 4.1 peratus pada 2022, demikian berdasarkan penemuan Banci Ekonomi 2023.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata peningkatan dalam penggunaan kopi telah memupuk ‘budaya kafe kopi’, menunjukkan peningkatan pemain pasaran kepada rekod 5,021 dengan nilai ditambah meningkat 5.5 peratus mencecah RM1.9 bilion.

Beliau berkata, nilai output bagi industri itu adalah RM4.2 bilion dengan purata pertumbuhan tahunan 4.1 peratus.

“Kuala Lumpur adalah penyumbang nilai output tertinggi dalam industri ‘coffee shop’ ini dengan nilai RM1.6 bilion, diikuti negeri Selangor sebanyak RM1 bilion.

Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, penemuan Banci Ekonomi 2023 itu memperlihatkan pilihan pengguna memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Beliau berkata, penemuan itu menunjukkan perniagaan menyesuaikan dengan trend global dan kemajuan teknologi, mencerminkan perubahan ketara dalam penggunaan, perdagangan dan corak perbelanjaan.  – BACALAHMALAYSIA.MY/BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close