Malaysia

PRK SLIM: Pengundi India Bertanggungjawab Bantu Kemenangan Calon BN, Boleh Diterjemahkan Dalam PRU-15 – Pengerusi BN

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Pengundi India bertanggungjawab dalam membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) !

Ini keyakinan tinggi yang disuarakan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam entri terbaharu Twitter rasminya.

Turut dilihat Presiden UMNO juga selain pengundi India yang bertanggungjawab dalam membantu kemenangan calon BN, Mohd Zaidi Aziz, pada PRK DUN Slim kali ini, malahan sokongan padu mereka boleh diterjemahkan pd PRU15.

“Sejak dahulu lagi, BN menjaga kepentingan kaum India” katanya sewaktu di Bilik Gerakan IPF Perak.

Dalam ucapan Ahmad Zahid, beliau turut menyentuh soal isu keciciran pendidikan, kemiskinan bandar, isu gangsterisme dan penyediaan mikro kredit bagi membantu dan menyelesaikan masalah dalam kalangan masyarakat India, terutama di Slim ini.

“Selama 60 tahun ketika masyarakat India di bawah kerajaan Perikatan dan BN, masyarakat India sentiasa diberikan kepedulian, dijaga kebajikan dan kita sentiasa membantu masyarakat India.

“Saya berharap pengundi India tidak tertipu kali ini kerana dulunya pengundi tertipu dengan kempen kebencian. Malah kerajaan PH dulu pun tidak tertunai dengan Manifesto 100 Hari mereka itu,” kata Ahmad Zahid. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close