Duniaku TeknokratPilihan Editor

COVID-19 Lahirkan Bilionair Sarung Tangan Kelima Malaysia

Malaysia sudah lama menjadi tempat yang mana banyak kekayaan dikumpulkan dari masa ke masa termasuk kewujudan empayar Kuok, Teh dan Quek dalam sektor minyak sawit, hartanah serta perbankan sejak beberapa dekad lalu.

Ia berterusan sehingga COVID-19, apabila industri getah negara ini atau lebih tepat, pengeluar sarung tangan menjadi antara paling diperlukan di dunia ini.

Wong Teek Son, Pengasas Bersama Riverstone Holdings Ltd dalam 1980-an selepas bekerja sebagai penyelidik kimia, bulan lalu menjadi bilionair kelima negara daripada sektor pengeluaran sarung tangan.

Beliau kini bernilai AS$1.2 bilion (RM5.0 bilion) kerana saham syarikatnya mencatatkan rali hampir enam kali ganda dari paras rendah pada Mac, dipacu peningkatan permintaan terhadap produk perlindungan ketika pandemik COVID-19.

Jurucakap Riverstone enggan mengulas mengenai nilai kekayaan Teek Son.

Kelajuan dan kekukuhan peningkatan sarung tangan adalah luar biasa, tetapi ada tanda-tanda peningkatan pesat itu akan menjadi sebaliknya, terutama ketika kemajuan penyelidikan untuk rawatan dan vaksin COVID-19.

Syarikat sarung tangan terjejas minggu lalu ketika Presiden Russia berkata bahawa negara itu telah menghasilkan vaksin COVID-19 pertama di dunia untuk digunakan, sementara Moderna Inc. dan Johnson & Johnson antara yang mencapai kesepakatan dengan kerajaan untuk membekalkannya.

Saham Riverstone jatuh 13 peratus dalam minggu terburuknya sejak Mac dan jatuh 2.2 peratus lagi pagi ini.

Dalam pembuatan sarung tangan, Malaysia boleh dianggap ‘raja’ kerana menghasilkan sekitar 65 peratus bekalan dunia untuk sarung tangan getah, malah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi mengunjurkan eksport akan meningkat 45 peratus tahun ini.

Syarikat seangkatan Riverstone, seperti Top Glove Corp dan Hartalega Holdings Bhd kini berada dalam kalangan lima syarikat paling bernilai dalam indeks penanda aras ekuiti Malaysia.

Saham syarikat terbabit meningkat lebih 192 peratus tahun ini, sekali gus melonjakkan kekayaan bersih pengasas bilionair mereka, demikian mengikut Indeks Bilionair Bloomberg.

Kekayaan di negara ini berkembang pesat walaupun ekonomi menguncup paling teruk sejak krisis kewangan Asia.

Keadaan itu memburukkan lagi ketidaksamaan yang meluas.

Knight Frank mengunjurkan penciptaan kekayaan adalah yang ke-10 terpantas di dunia, sementara pendapatan mean adalah RM7,901 tahun lalu.

Laporan kekayaan 2020 firma itu mengunjurkan bahawa jumlah rakyat Malaysia dengan lebih kekayaan AS$30 juta (RM125.7 juta) akan meningkat sebanyak 35 peratus antara 2019 dan 2024, berbanding dua peratus antara 2018 dan 2019. -BLOOMBERG

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close