MalaysiaPilihan Editor

Perancangan RMKe-12 Yang Sederhana Tetapi Progresif, Berani & Realistik Hendaklah Diterjemahkan Secara Bijaksana – Norliza Abdul Rahim

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

“Perancangan Rancangan Malaysia Keduabelas (RMKe-12) yang sederhana tetapi progresif, berani dan realistik itu hendaklah diterjemahkan secara wajar dan bijaksana,” kata Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia juga menjelaskan perkara itu penting dalam menguruskan perancangan strategik RMKe-12 sehingga rakyat benar-benar mendapat manfaatnya dan ekonomi negara kembali pulih.

“Paling penting ialah sembilan fokus utama di bawah RMKe-12 ini benar-benar memberi kesejahteraan rakyat, kesejahteraan kesihatan awam serta kesejahteraan ekonomi dalam Program Pemulihan Negara.

“Moga rakyat Malaysia terus dilindungi di bawah satu gagasan Keluarga Malaysia” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Norliza yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, juga berpandangan RMKe-12 ini menunjukkan terjemahan seorang pemimpin tertinggi negara yang mendengar keluhan rakyat yang berkehendakkan kemakmuran kehidupan berkualiti serta negara mencapai pendapatan tinggi seiring pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang mampan.

Sejajar dengan pelan lima tahun negara ini, pengenalan konsep Keluarga Malaysia dalam perancangan RMKe-12 adalah sangat wajar pada waktunya.

“Matlamat YAB Perdana Menteri amatlah jelas bahawa negara ini tidak akan membangun dengan jaya jika kita tidak ketepikan segala perbezaan di antara rakyat demi perpaduan bersama.

“Justeru, kita harus kebersamaan dalam arah tuju YAB Perdana Menteri.

“Kejayaan Keluarga Malaysia bukanlah kejayaan buat individu tetapi kejayaan setiap rakyat Malaysia,” ujar Norliza lagi.

Demi menjayakan Keluarga Malaysia untuk bangkit semula dari kemelut COVID-19, menurut beliau, usaha setiap rakyat Malaysia hendaklah menjurus kepada menterjemahkan konsep ini kepada rancangan dan tindakan yang konkrit.

“Hanya dengan inklusitiviti saja, kita mampu menjayakan Keluarga Malaysia.

“Malahan, RMKe-12 memberi keutamaan untuk menambahkan pendapatan, menghapuskan kemiskinan mutlak dan mengurangkan jurang pembangunan antara negeri dan wilayah dalam tempoh lima tahun mendatang ini,” kata Norliza. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close