Duniaku TeknokratPilihan Editor

Dzuleira Dilantik Sebagai CEO SKS Airways

SKS Airways Sdn Bhd, yang melancarkan penerbangan komersial dari Subang pada Januari 2022, melantik Dzuleira Abu Bakar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 15 September 2023.

Dzuleira, yang telah memberikan notis peletakan jawatannya sebagai CEO Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), akan mengambil alih jawatan itu daripada pemangku CEO dan Pengarah Eksekutif semasa, Datuk Rohman Ahmad, demikian menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Rohman bagaimanapun akan kekal dalam lembaga pengarah SKS Airways sebagai Pengarah Eksekutif.

“Dzuleira ialah peneraju berwawasan dengan lebih daripada 20 tahun rekod prestasi cemerlang dalam modal teroka, keusahawanan, pelaburan dan industri teknologi,” kata SKS Airways.

Syarikat penerbangan itu berkata. dua jet Embraer E195-E2 pertama akan tiba pada Januari 2024, sekali gus melengkapkan kumpulan pesawat baharu itu. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close