Dimensi BisnesPilihan Editor

PLS Plantations Ditaraf Silver3 Oleh RAM Sustainability

PLS Plantations Berhad  telah mengumumkan penarafan Silver3 mereka yang dianugerahkan oleh RAM Sustainability bagi  segmen perladangan dan perdagangan prinsipalnya, memperlihatkan kewujudan jurang dan titik  permulaan amalan ESG Syarikat ini yang mustahak bagi usaha penghutanan semula serta bagi sektor berkaitan perladangan. 

 

Penarafan kemampanan ini oleh RAM Sustainability, iaitu penyedia analitik ESG persendirian  terkemuka, merangkap prestasi kemampanan korporat Syarikat ini berdasarkan tema alam sekitar,  sosial, dan tadbir urus (ESG), serta garis panduan antarabangsa dan domestik yang relevan seperti  dokumen Perubahan Iklim dan Taksonomi Berasaskan Prinsip (CCPT) diusulkan oleh Bank Negara  Malaysia (BNM).  

Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif bagi PLS Plantations, Tan Sri Nazir Razak berkongsi, “Penarafan  tersebut memahat satu tanda aras bagi Syarikat ini dalam menetapkan strategi yang jelas dari segi  keutamaan dan bidang tumpuan kami, merentasi seluruh perniagaan dan operasi PLS Plantations,  khususnya sudut-sudut yang perlu ditambah baik.

“Tidak kurang pentingnya, ia menawarkan para  pemegang tara kami – pelabur, pengawal selia, rakan perniagaan, pembekal dan klien – suatu objektif  dan penilaian yang telus mengenai komitmen kami terhadap kemampanan, di samping tanggungjawab  kami sebagai pembekal, rakan perniagaan, dan majikan yang boleh dipercayai.

“PLS Plantations bekerja  keras dalam melaksanakan strategi untuk menjadi pembekal agromakanan serba mampan yang  terkemuka di Malaysia dalam jangka waktu terdekat.”  

Ketua Pegawai Eksekutif RAM Sustainability, Promod Dass sementara itu menyatakan, “PLS  Plantations sedang mengorak titik permulaan dalam perjalanan ESG mereka dengan membenarkan dirinya tertakluk kepada penarafan kemampanan yang berstandard tinggi, dan ketelusan ini penting meskipun ia memdedahkan profil risiko ESG mereka yang tinggi.

“Jjusteru langkah tersebut harus dipuji,  dan kami berbesar hati untuk menggalas tanggungjawab dalam memantau kemajuan mereka dari sudut  kemampanan.

“Kami berharap langkah ini akan menjadi teladan bagi syarikat-syarikat lain dalam memulakan perjalanan kemampanan masing-masing serta menanam aspirasi untuk memperoleh  penarafan yang tertinggi.”  

Sebagai sebahagian daripada perjalanan ke arah pemulihan Syarikat ini, PLS Plantations menunjukkan komitmen yang kukuh untuk meluaskan rangka pentadbiran korporat dan polisinya, terutamanya dalam  bab pentadbiran kemampanan, sementara menunggu rangka kerja dan dasar yang mentadbir  kumpulan Syarikat secara menyeluruh diluluskan.

Berpaksikan Kerjasama Awam-Swasta (PPP), visi  PLS Plantations adalah untuk menyumbang kepada sekuriti makanan negara serta mencetus impak  sosioekonomi yang positif melalui inisiatif-inisiatif yang memanfaatkan petani tempatan, khususnya  golongan B40 dan komuniti Orang Asli.

Syarikat ini bertekad untuk menghasilkan produk dan  perkhidmatan yang berkualiti, seperti dibuktikan melalui pelbagai pensijilan yang telah diperolehi seperti  Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) bagi segmen perladangan PLS Plantations. 

Perniagaan Syarikat ini dalam segmen perdagangan juga telah memperoleh pensijilan Amalan  Perkilangan Baik (GMP), Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP), HALAL serta Analisis Bahaya dan  Titik Kawalan Kritikal (HACCP) antara lainnya, selain menggunapakai dasar khusus dalam urusan  sumber manusia dan hak asasi manusia termasuk Dasar Amalan Sosial Baik, Dasar Keselamatan dan  Kesihatan Pekerjaan, Dasar Buruh Kanak-Kanak dan Dasar Gangguan Seksual.  – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close