Malaysia

PRK DUN SLIM: DUN Slim Kekal Milik BN, Majoriti 10,945

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Menang dan Menang !

Majoriti 10,945 undi !

Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim dengan majoriti yang besar apabila calonnya Mohd Zaidi Aziz mengalahkan dua lagi calon bebas dengan majoriti sebanyak 10,945.

Mohd Zaidi mengalahkan Amir Khusyairi yang menggunakan simbol pokok serta Santharasekaran yang menggunakan simbol buku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan yang berlangsung pagi tadi.

Keputusan berkenaan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan raya, Shamsul Ridzuan Idris di Dewan Majlis Daerah Tanjung Malim.

Mohd Zaidi mendapat 13,060 undi, manakala Amir Khusyairi mendapat 2,115 undi dan Santharasekaran mendapat 276 undi.

Dengan keputusan itu, BN terus mengekalkan kerusi DUN Slim dan yang pasti tugas dan amanah menanti Mohd Zaidi Aziz sebagai wakil rakyat baru DUN Slim setelah mendapat kepercayaan daripada pengundi.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai.

Pada PRU14, Mohd Khusairi yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal

Proses pengundian bermula pada jam 8 pagi tadi dan dilaksanakan menerusi kebiasaan baharu, dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengurangkan impak penularan COVID-19.

Sebanyak 12 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dengan 54 saluran mengundi dibuka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di seluruh kawasan DUN berkenaan. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
Close