oleh wartawan BacalahMalaysia.my
Nak order makan tak?
Begitulah kata-kata Keena Prasista dalam entri Facebook rasmi dikenali Keena Black Horses Mg !
Aksi spontan itu sebenarnya pengalaman sendiri Protege kepada Awie dalam Mentor musim ketiga yang menjadi rider frontliner Grab Food, terutama ketika waktu Covid19, baharu-baharu ini.
“Saya membuat shooting hari ini pilih #grabfood.
“Dapat tips, layan karenah customer, kena hujan, kena panas, kena ikut masa susahnya kerja korang kan.
“Ada tak kawan-kawan korang rider GRAB FOOD, #foodpanda #lalamove #dahmakan cakap dengan dia orang terima kasih di atas perkhidmatan terbaik. thank u Hairi,” kata Keena dalam entri Facebooknya.
Ketika ditemuramah BacalahMalaysia.my, menurut Keena yang memiliki lebih 15 lagu single dan membintangi lebih 90 drama tempatan, beliau merasai pengalaman sendiri bagaimana menjadi rider Grab Food dalam waktu sehari.
“Pekerjaan mereka memang susah.
“Risiko di atas jalan raya. Kena hantar makanan dalam suasana hujan mahu pun cuaca panas.
“Kena marah kekadang dengan customer sebab lambat,” jelas Keena lagi.
Malahan, kata Keena, ada juga customer yang prihatin memberi makan, tips dan sebagainya.
“Saya kagum dan tabik hormat dengan mereka (rider) Grab Food kerana mereka adalah salah satu frontlines yang penting tatkala waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bila orang tidak dapat keluar pada waktu itu.
“Rider-rider inilah (Grab Food) merisikokan diri masing-masing dalam keadaan virus Covid19 ini tengah bergelombang,” steady buat mereka kata Keena yang juga menggemari dan menunggang motosikal berkuasa tinggi.
Dalam shooting sehari itu, Keena tidak menampakkan kekok menunggang motosikal malahan enjoy dengan pekerjaan baharunya itu. Ke sana, ke sini nampaknya dalam You Tube Keena Mentor Channel berdurasi 6 minit 50 saat.