Ekonomi Islam & GlobalGovernansPilihan Editor

Projek Inklusif Digital NADI Malaysia Terima Hadiah Antarabangsa Di WSIS 2025, Geneva

Projek Inklusif Digital NADI Malaysia telah dinobatkan sebagai juara Hadiah World Summit on the Information Society (WSIS) 2025, sekali gus meraih pengiktirafan global atas usaha memperkasa komuniti terpencil melalui pembangunan kemahiran digital dan kesalinghubungan pada 7 Julai 2025 lalu.

Anugerah berprestij yang dianjurkan oleh International Telecommunication Union (ITU) dengan kerjasama agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ini telah disampaikan kepada Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam satu majlis rasmi di Geneva.

Menurut Menteri Komunikasi, anugerah itu merupakan inisiatif memperkasa komuniti terpencil melalui literasi digital dan kesalinghubungan.

“Saya amat berbesar hati menerima anugerah ini bagi pihak Malaysia. Projek NADI Pulau Banggi membuktikan komitmen Kerajaan MADANI bahawa tiada siapa pun dipinggirkan dalam era digital,” katanya

Pengiktirafan global ini mengukuhkan komitmen Malaysia terhadap kesaksamaan digital iaitu memastikan tiada rakyat yang tercicir walau di lokasi terpencil sekalipun, sejajar dengan tujuan Hadiah WSIS iaitu meraikan projek ICT yang memacu kemajuan ke arah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)

NADI bukan sekadar projek, ia adalah komitmen untuk memastikan semua rakyat Malaysia mendapat peluang digital yang saksama. Pencapaian ini membuktikan kedudukan NADI sebagai salah satu program inklusif digital yang bermanfaat di peringkat antrabangsa.

Dua projek NADI diumumkan sebagai juara kategori C4: Capacity Building dan kategori C2: Information and Communication Infrastructure, selari dengan kehendak dan menjayakan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) global.

Projek NADI berkenaan adalah Projek NADI Pulau Banggi diumumkan sebagai juara kategori C4: Capacity Building hasil kejayaan menyediakan latihan kemahiran digital serta peluang ekonomi kepada komuniti terpencil di pulau tersebut.

Inisiatif tersebut turut diiktiraf sebagai antara projek transformasi digital paling memberi impak dalam menjayakan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)

Pulau Banggi terletak lebih 70 kilometer dari Kudat, Sabah sebelum ini menghadapi kekangan akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan pembangunan ekonomi disebabkan kedudukannya yang terpencil. Namun menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), hab digital komuniti NADI kini menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta latihan ICT kepada nelayan, petani, pelajar dan pengusaha kecil.

Hasilnya, belia berjaya memperoleh kemahiran digital, wanita tempatan memulakan perniagaan atas talian dan usahawan kecil mampu meluaskan pasaran secara digital. Kejayaan itu turut membuka jalan kepada peluasan projek NADI ke kawasan lain seperti Pulau Mandi Darah, dengan sasaran peluasan ke seluruh negara menjelang 2035.

Projek NADI yang dinobatkan seterusnya ialah Projek Stingray II Pulau Ketam menerima pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi kategori C2: Information and Communication Infrastructure.

Projek  ini berjaya menyediakan sambungan gentian optik dasar laut sepanjang 46.4 kilometer dari Kapar ke Pulau Ketam, sekaligus membolehkan pelajar mengikuti kelas dalam talian, keluarga mengakses perkhidmatan teleperubatan dan perniagaan kecil berkembang secara digital.

Kejayaan Malaysia meraih dua anugerah WSIS mengukuhkan kedudukannya sebagai antara negara peneraju dalam misi kesaksamaan digital, sekaligus membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan tiada rakyat tertinggal dalam arus pendigitalan.  – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close