MalaysiaPilihan Editor

PRU15: Bubar Parlimen Sedikit Masa Lagi – PM

Datuk Seri Ismail Sabri mengulangi pendirian dan janjinya untuk segera berbincang dengan ‘Top Five’ UMNO berhubung pembubaran Parlimen.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan semangat dan sokongan Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini, beliau akan berbincang dengan segera bersama Presiden dan Top Five.

“Hari ini di sini kelima-lima Top Five UMNO ada, maka kita akan bincang dalam tempoh terdekat pembubaran Parlimen ini.

“Kita sudah hampir ke Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), percayalah sikit masa lagi. Saya mendengar dengan jelas (gesaan pembubaran).

Pengumuman itu mendapat sorakan hadirin yang melaungkan ‘bubar, bubar, bubar’ berserta tepukan gemuruh.

 

Ismail Sabri hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa di sini, hari ini. - NSTP/Aswadi Alias
Ismail Sabri hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa di sini, hari ini. – NSTP/Aswadi Alias

 

 

Ismail Sabri bersama Ahmad Zahid hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa. - NSTP/Aswadi Alias
Ismail Sabri bersama Ahmad Zahid hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa. – NSTP/Aswadi Alias

 

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, sokongan dan semangat ahli BN terhadap parti akan memudahkan Top Five menentukan tarikh pembubaran Parlimen.

“Jelas kita lihat hari ini Pemuda BN bangkit semula dan saya percaya tiada sesiapa yang dapat menyekat kebangkitan ini menuju pilihan raya.

“Kalau semangat sebegini, maka lebih mudah nak menentukan tarikh…kalau sokongan macam ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan Pemuda UMNO ‘peperangan’ pilihan raya kali ini berbeza dengan pilihan raya terdahulu.

“Peperangan kali ini tidak sama dengan peperangan seperti dulu, kita tidak lagi menggempur seperti dulu dan tidak mahu Pemuda hanya memasang bendera dan poster kerana peranan mereka lebih daripada itu,” katanya.

Pemuda BN, katanya, tidak lagi tertumpu kepada perang menggunakan ‘senjata fizikal’, tetapi kini menumpukan kepada senjata maya.

“Perang maya lebih bahaya daripada fizikal, maka Pemuda perlu menguasai peperangan maya ini,” katanya. – BH ONliNE

 

Ismail Sabri bersama Ahmad Zahid hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa. - NSTP/Aswadi Alias
Ismail Sabri bersama Ahmad Zahid hadir pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa. – NSTP/Aswadi Alias

 

Beliau juga menggesa Pemuda BN bangkit menyerang dengan menjawab tuduhan di buat pihak pembangkang.

“Jangan biarkan pemimpin pembangkang menabur fitnah, membuat tuduhan. Menjadi tugas kita mematahkan serangan ini, jangan biar pembangkang berleluasa.

“Pada pilihan raya lalu, kita kalah kerana tidak mampu memberikan jawapan dan tidak menjawab isu besar dimainkan pembangkang menyebabkan mereka memfitnah pemimpin BN dan kerana gagal menjawab, kita menerima padah dan kesannya adalah besar,” katanya.

Beliau berkata, Pemuda perlu mendekati pengundi muda kerana pertambahan golongan itu meningkat mendadak daripada 14.9 juta kepada 22.7 juta untuk PRU-15.

“Pengundi muda berusia 21 tahun ke bawah meningkat kepada 4 juta orang, maka golongan ini perlu didekati di sekolah dan di universiti,” katanya.

 

Ahmad Zahid (kiri) mengatakan sesuatu kepada Ismail Sabri sambil diperhatikan Asyraf Wajdi pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa. - NSTP/Aswadi Alias
Ahmad Zahid (kiri) mengatakan sesuatu kepada Ismail Sabri sambil diperhatikan Asyraf Wajdi pada Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Stadium Titiwangsa. – NSTP/Aswadi Alias

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close