MalaysiaPilihan Editor

RAKYAT SABAH MEMILIH: BN Berjiwa Besar, Zahid Berjiwa Besar, Demi Rakyat Sabah !

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Barisan Nasional (BN) berjiwa besar !

UMNO berjiwa besar !

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjiwa besar !

Inilah kesimpulan yang diberikan pemerhati-pemerhati politik tanah air yang memperlihatkan semangat muafakat nasional dipupuk secara mendalam dan tindakan toleransi yang sangat tinggi ditunjukkan dalam kalangan kepimpinan tertinggi UMNO-BN bagi membuka jalan kepada rakan politik sekutunya menjawat Ketua Menteri Sabah.

Walaupun secara tegas Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menyatakan bahawa jawatan Ketua Menteri Sabah seharusnya diserahkan kepada UMNO sebagai parti individu yang memenangi jumlah kerusi DUN terbesar dalam Gabungan Rakyat Sabah – GRS (UMNO 14, PPBM 11, STAR 6, PBS 7), namun atas semangat kebersamaan, ia diserahkan kepada Perikatan Nasional (PN).

Namun beliau (Ahmad Zahid) menghormati keputusan yang dibuat oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GRS yang menang dalam memilih ketua menteri.

“Saya dimaklumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, YB Datuk Seri Bung Moktar Radin setelah rundingan dibuat di kalangan ADUN-ADUN GRS yang menang, akhirnya bersepakat untuk mencalonkan Datuk Hajiji Noor.

“Ini demi memastikan kepentingan rakyat Sabah dapat segera diperjuangkan setelah diabaikan Kerajaan Warisan sebelum ini.

“Saya hormati keputusan tersebut atas dasar semangat autonomi UMNO Sabah yang telah pun dipersetujui bersama,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ahmad Zahid turut berharap agar kerajaan baharu yang dibentuk ini dapat membela kepentingan rakyat Sabah.

“Semoga kerajaan baharu yang dibentuk ini dapat segera memberi tumpuan kepada pelbagai agenda untuk membela kepentingan rakyat Sabah sebagaimana yang termaktub dalam Aku Janji GRS,” katanya lagi. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close