MalaysiaPilihan Editor

RAKYAT SABAH MEMILIH: BN Pastikan Kemenangan “Total” 31 Kerusi Untuk PRN Sabah

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Radu tatap radu !

Radu sampai rata !

Ubah Balik Sabah !

Secara sah Barisan Nasional (BN) mengumumkan akan bertanding 31 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) yang dijadualkan 26 September ini.

Lautan biru dan semangat memuncak dalam pengumuman bersejarah itu.

Ia diumumkan Pengerusi BN Sabah yang juga Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Majlis Pengumuman Calon BN di sebuah hotel di sini, tengah hari tadi.

Bung Moktar bertanding di DUN Lamag manakala bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman setakat ini tidak tersenarai sebagai calon.

Sebanyak 73 kerusi DUN Sabah akan dipertandingkan pada PRN Sabah dengan penamaan calon ditetapkan Sabtu ini, manakala hari mengundi awal pada 22 September.

Seorang lagi pemimpin UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, tiada dalam senarai calon.

Bung Moktar berkata calon yang dipilih adalah dalam kalangan yang terbaik dan diyakini mampu memenangi kerusi di kawasan masing-masing.

“Calon yang dipilih dilihat dari segi latar belakang, mesra rakyat dan yang paling penting calon itu diterima oleh rakyat dan mampu menang,” katanya.

UMNO meletakkan 95 peratus muka baharu serta menampilkan dua calon wanita pada pilihan raya negeri kali ini.

“Daripada 31 orang calon, 95 peratus adalah muka baharu. Dua wanita,” katanya.

Sementara itu, BERITA HARIAN melaporkan ketika berucap pada majlis berkenaan yang turut dihadiri Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Hajiji Noor, Bung Moktar berkata semua ahli UMNO digesa agar tidak mempertikai keputusan calon yang dibuat pemimpin parti itu.

“Saya minta maaf kepada kawan-kawan saya, perkara paling sukar dalam hidup saya ialah menentukan agihan kerusi dan tentukan calon yang bertanding,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY/BERITA HARIAN

 

 

Pengerusi BN Sabah yang juga Pengerusi UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Pengerusi BN Sabah yang juga Pengerusi UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

 

Berikut senarai kerusi yang ditandingi BN:

 

Banggi – Akram Ismail

 

Bengkoka – Harun Durabi

 

Pitas – Sufian Abdul Karim

 

Tempasuk – Mohd Arsad Bistari

 

Usukan – Datuk Seri Salleh Said Keruak

 

Pantai Dalit – Jasnih Daya

 

Karambunai – Datuk Yakub Khan

 

Darau – Datuk Jumat Idris

 

Tanjung Aru – Mohd Reduan Aklee

 

Tanjung Keramat – Shahelmy Yahya

 

Pantai Manis – Mohd Tamin @ Tamin Zainal

 

Bongawan – Ag Lahap Ag Bakar @ Ag Syairin

 

Lumadan – Datuk Kamarlin Ombi

 

Sindumin – Sani Miasin

 

Kemabong – Datuk Raime Unggi

 

Telupid – Abdul Wahab Abdul Ghani

 

Sugut – Datuk James Ratib

 

Gum-Gum – Suhaimi Nasir

 

Sungai Manila – Mokran Ingkat

 

Sungai Sibuga – Mohamad Hamsan Awang Supian

 

Sekong – Hazulizah Md Dani

 

Kuamut – Juhari Janan

 

Lamag – Datuk Seri Bung Moktar Radin

 

Sukau – Datuk Jafry Ariffin

 

Tungku – Momen @ Abd Momen Anchai @ Anghai

 

Kunak – Halid Harun

 

Sulabayan – Abdul Manan Indanan

 

Balung – Hamild @ Hamid Awang

 

Kukusan – Chaya Sulaiman

 

Tanjung Batu – Andi Muhammad Surady Bandy

 

Paginatan – Junaidi Sahat

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close