Duniaku TeknokratPilihan Editor

Seow Eng Dilantik CEO Baharu Maxis

Maxis Bhd (Maxis) melantik Goh Seow Eng sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa pada 1 Disember 2022.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir, berkata Seow Eng akan menyertai Maxis sebagai bakal CEO yang dilantik pada 1 November 2022 sebelum secara rasminya mengambil alih jawatan CEO Maxis, Gokhan Ogut yang menamatkan perkhidmatannya pada 30 November 2022.

Beliau berkata, Seow Eng berpengalaman luas dalam industri telekomunikasi dengan rekod yang baik dalam jalur lebar gentian dan mudah alih, perniagaan talian tetap dan perkhidmatan digital.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan beliau untuk menerajui dan memacu fasa seterusnya dalam perjalanan konvergen kami,” katanya.

Pada masa yang sama, Mokhzani turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ogut kerana menerajui Maxis sebagai CEO selama tiga setengah tahun.

“Sebagai CEO, beliau memimpin syarikat menempuh masa-masa yang mencabar dan tidak menentu, terutamanya disebabkan pandemik COVID-19, yang memerlukan penyelesaian dan keputusan yang inovatif,” kata beliau.

Seow Eng sebelum ini adalah Presiden dan Ketua Pegawai Operasi (COO) Advanced Info Service (AIS) di Thailand, yang mana beliau bertanggungjawab untuk kesemua unit operasi termasuk perniagaan mudah alih teras, dan menyelia pengembangan syarikat ke dalam pasaran jalur lebar gentian serta perniagaan perusahaan.

Sebelum menyertai AIS, beliau adalah Pengarah Urusan Singapore Telecommunications Ltd dan CEO Tanjong plc di Malaysia.

Beliau juga pernah memegang pelbagai jawatan di peringkat serantau dan global di Citibank di London, Kuala Lumpur, Taipei dan Tokyo. — BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close