Two Cents

Ramai Rakyat Malaysia Berkereta Baharu – LIDAH PENGARANG

Apa yang dirancang pastinya ada manfaat !

Namun apa yang dirancang pastinya ada kelemahan !

Itu normal, tapi niat, keiklasan dan fikiran yang positif boleh merealisasikan sesuatu perkara itu.

Yang dilihat sebagai masalah, boleh diatasi dengan cara bijak dan berhemah. Yang penting, win-win situation.

Pastinya ada manfaat dalam industri automotif apabila pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi negara (PENJANA) bahawa kerajaan akan mengecualikan cukai jualan sepenuhnya bagi kereta penumpang CKD dan 50 peratus bagi model CBU.

Dah tentu harga kenderaan murah, tetapi inilah rangsangan ekonomi yang perlu difikirkan.

Bukan senang untuk menggerakkan daya saing perniagaan yang sememangnya suram apatah lagi tidak ada keghairahan untuk rakyat membeli barangan dalam suasana Covid19.

Tempias yang sangat kuat juga berlaku dalam industri automotif ini.

Sebelum ini pun negara jiran, Thailand dikenali sebagai ‘Detroit of Asia’ sudah mengeluh kerana industri automotif di negara itu tampak sangat suram .

Akhbar berbahasa Inggeris Thailand, The Bangkok Post melaporkan sektor automotif global meliputi penjualan kereta Jepun di Asia Tenggara, menurun sebanyak 34 peratus sejak Mac lalu.

Sektor automotif diramal paling merudum akan tempias Covid-19.

Analisis pasca Covid-19 menunjukkan penjualan keseluruhan kereta Toyota, Nissan, Honda dan empat pembuat kenderaan utama Jepun yang lain, hanya 1.82 juta kenderaan pada suku pertama tahun ini berbanding 2.77 juta tempoh sama tahun lalu.

Deutsche Bundesbank atau Bank Pusat Republik Persekutuan Jerman, sebahagian Sistem Bank Pusat Eropah atau European Systems of Central Bank (ESCB), beribu pejabat di Frankfurt melaporkan industri automotif yang selama ini dianggap teras ekonomi benua tersebut, akan mengalami penurunan jualan kepada 17.6 peratus dalam tempoh suku pertama tahun ini.

Senario yang sama turut melanda Rusia. General Motor (GM), pembuat kereta model Opel dan Chevrolet berpengkalan di St Petersburg, melapor ia terpaksa menukar sasaran daripada pelaburan lebih AS$ 1 bilion (RM4.2 bilion) bagi mengeluar 350,000 unit setahun.

Ketika ini, penjualan kereta keluaran GM Motor sehingga awal April menurun 40 peratus.

GM bimbang jenama Opel dan Chevrolet mungkin lenyap daripada pasaran Rusia.

Atas faktor-faktor itulah mengapa kerajaan Malaysia telah melihat akan tindakan ekonomi langsung perlu dilaksanakan segera bagi memboleh hrga kereta penumpang dijangka menurun bermula pertengahan bulan ini hingga akhir tahun, namun akan merancakkan semula industri automotif dengan cara berfasa.

Lidah Pengarang bersetuju dengan kenyataan yang dilaporkan dalam Berita Harian Online di mana Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata penurunan harga kereta penumpang bagi kereta pemasangan tempatan (CKD) dan model import sepenuhnya (CBU) bergantung kepada beberapa faktor termasuk harga barang komponen CKD, kos buruh, eksais duti dan caj pemasangan yang dikenakan.

Katanya, meskipun jumlah pengurangan harga belum dapat ditentukan buat masa ini, namun ia cukup untuk menarik minat belian pengguna kerana kebiasaannya syarikat pengeluar akan tampil dengan inisiatif tersendiri untuk menggalakkan jualan.

“Secara matematik mudah, harga kereta CKD boleh menurun hampir 10 peratus dan model CBU pula lima peratus berdasarkan pengiraan cukai jualan yang perlu diketepikan oleh pengeluar.

“Hakikatnya, pengiraan bukan sebegitu kerana kami kena mengambil kira aspek lain juga.

“Apa pun, saya boleh katakan, harga kereta untuk tempoh sehingga Disember pastinya lebih murah disamping pelbagai manfaat lain yang akan ditawarkan pengeluar untuk merancakkan industri automotif,” katanya.

Tak lama lagi ramailah rakyat Malaysia berkereta baharu. Malahan ramai yang bergaya selepas Aidilfitri sebagai satu suasana normal yang baharu.

Lidah Pengarang mengucapkan terima kasih kerana kerajaan sekarang di bawah Perikatan Nasional sentiasa mengambil berat hal rakyat, peneraju industri, peniaga dan usahawan serta ekonomi semasa.

Teruskan pakej rangsangan ekonomi ini kerana ia sangat memerlukan dalam usaha menangani dan memulihkan ekonomi secara berperingkat dengan berkonsepkan semua pihak yang menang. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close