GovernansPilihan Editor

RM1 Bilion Basmi Miskin Tegar – Mustapa Mohamed

Kerajaan menyediakan dana RM1 bilion menerusi Bajet 2022 bagi membantu keluarga miskin tegar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata agihan peruntukan itu sudah diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Oleh kerana kita tidak ada peruntukan khusus bagi menangani miskin tegar, keputusan sudah dibuat dan agihannya tertakluk kepada kelulusan Perdana Menteri.

“Jadi, agihannya ialah sebanyak RM500 juta untuk membiayai projek program membasmi miskin tegar di seluruh negara. Setiap negeri akan dikenal pasti berdasarkan lokaliti supaya usaha dijalankan lebih bersasar.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak RM350 juta diperuntuk bagi melaksanakan projek yang tidak tersenarai tahun depan, iaitu projek kritikal dan berimpak tinggi.

“Kita juga akan melaksanakan projek kecil berimpak tinggi, khususnya di kawasan FELDA. Semua ini agihan untuk tahun depan,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close