MalaysiaPilihan Editor

Menteri Komunikasi Mengingatkan Penggunaan AI Elak Maklumat Palsu

Menteri Komunikasi bertegas dan mengingatkan penggunaan  penerokaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam konteks geopolitik, termasuk bagaimana ia digunakan dalam menyebarkan maklumat palsu dalam konflik di Timur Tengah.

Datuk Fahmi Fadzil menegaskan apa yang berlaku di Gaza, antara Israel, Iran dan negara-negara Arab lain. Teknologi digunakan untuk menyebar maklumat palsu, dan kadangkala ia kelihatan sahih.

“Sebab itu kita perlu berhati-hati, perhatikan nilai kandungan yang disebarkan kepada rakyat,” jelasnya.

Beliau menyeru supaya agensi komunikasi dan media terus meningkatkan pemahaman mereka terhadap kerangka etika penggunaan AI termasuk dalam pemasaran dan komunikasi strategik.

“Kita perlu bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan serta pemimpin industri untuk memahami sepenuhnya kerangka AI dalam komunikasi. Ini penting agar teknologi ini digunakan secara bertanggungjawab dan beretika,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, kebebasan media tetap menjadi keutamaan kerajaan namun ia perlu seiring dengan tanggungjawab dan etika profesional.

“Media mesti bebas, tetapi juga bertanggungjawab. Hati-hati dalam menghasilkan grafik atau kandungan. Jangan sekadar ‘copy-paste’.

“Kita perlu belajar daripada apa yang telah berlaku kepada salah satu media baru-baru ini,” katanya.

Fahmi merujuk penyiaran kesilapan infografik oleh sebuah portal media berkaitan penglihatan politik Ketua Polis Negara (KPN) baharu.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Terbuka IPPTAR 2025 di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Angkasapuri, di sini pada 24 Jun 2025 lalu. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close