GovernansPilihan Editor

‘Saya Diberi Mandat Memimpin Dengan Hutang Negara Lebih RM1 Trilion’ – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau diberi mandat memimpin dalam keadaan hutang negara mencecah lebih RM1 trilion.

Beliau berkata, perkara itu bukan fitnah sebaliknya diteliti di setiap agensi yang mana berlaku kebocoran dan ketirisan.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan tetamu pada Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Kompleks Seri Perdana. - NSTP/Saifullizan Tamadi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan tetamu pada Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Kompleks Seri Perdana. – NSTP/Saifullizan Tamadi

“Sebab itu kalau kita nak belanjakan kita kena teliti , ini soal tadbir urus, mengurus negara itu harus dengan ketertiban, peraturan dan ke arah yang betul.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan tetamu pada Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Kompleks Seri Perdana. - NSTP/Saifullizan Tamadi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan tetamu pada Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Kompleks Seri Perdana. – NSTP/Saifullizan Tamadi

 

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri bersama Ulama dan Asatizah di Seri Perdana di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Media sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri mengarahkan beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion tidak diteruskan.

Beliau dipetik berkata, ia membabitkan kelulusan secara rundingan terus yang diluluskan sebelum ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dilaporkan berkata, pegawai kementerian itu sudah diminta untuk meneliti semula kelulusan yang diberikan bagi memastikan ia mematuhi prinsip ketelusan dan peraturan yang ditetapkan.

Khamis lalu, bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan beliau tidak pernah menandatangani sebarang Surat Setuju Terima (SST) kepada mana-mana syarikat berhubung projek tebatan banjir.

Tuan Ibrahim turut mempersoalkan jumlah peruntukan RM7 bilion yang hendak dikaji semula oleh Kerajaan Persekutuan seperti diumumkan Perdana Menteri, baru-baru ini berikutan peruntukan asal adalah RM15 bilion.- BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close