MalaysiaPilihan Editor

PAS Menzahirkan Bersama UMNO Dalam Muafakat Nasional – Kata Presiden PAS

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Menzahirkan bersama UMNO !

Menzahirkan bersama dalam Muafakat Nasional (MN) !

Menzahirkan terus memperkukuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) !

Ini dijelaskan sendiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa walau dalam apa keadaan sekali pun, PAS menzahirkan komitmen bersama UMNO, MN dan di samping itu, terus memperkukuhkan kerajaan PN.

Dalam kenyataan akhbar, Abdul Hadi turut memaklumkan bahawa PAS mengambil sikap akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

“PAS menghormati proses mahkamah yang berteraskan prinsip Kedaulatan Undang-Undang (Rule of Law) yang didukung oleh Kerajaan PN.
“PAS yakin Datuk Seri (Najib) akan memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk mendapat keadilan di mahkamah ke peringkat seterusnya,” kata Abdul Hadi. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close