MalaysiaPilihan Editor

Pelajar & Ahli Akademik UIAM Menyatakan Solidariti Bersama Pelajar Yang Ditahan Kerana Perhimpunan Pro-Palestin

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Sejak minggu lalu, warga dunia gusar melihat ratusan pelajar universiti ditahan di Amerika Syarikat kerana perhimpunan aman solidariti bersama negara Palestin, termasuk daripada Universiti Columbia, Universiti New York, dan Universiti Yale.

Pihak berkuasa telah memberi alasan ideologi “antisemitisme” dan terus menggantung atau mengugut untuk menggantung status pelajar akibat perhimpunan tersebut.

Dalam satu kenyataan, sebagai pelajar dan kakitangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kami berdiri teguh bersama-sama para pelajar di Amerika Syarikat yang mendesak penyahlaburan universiti mereka daripada Israel yang bertanggungjawab dalam pembunuhan kaum besar-besaran di Gaza, serta pendudukan Palestin secara umum.

“Kami percaya bahawa ahli masyarakat akademik wajar diberi hak untuk bersuara tanpa menaklukkan diri kepada dogma-dogma yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Kita juga perlu faham bahawa kutukan terhadap pembunuhan kaum di Gaza oleh kerajaan Israel bukanlah gerakan antisemitisme, terutamanya apabila gerakan antipembunuhan kaum ini turut dipacu orang-orang Yahudi.

“Ini ialah isu kemanusiaan, bukan keagamaan. Kami terkilan dengan keadaan alam akademik yang dijadikan satu ruang terkongkong lagi terindoktrinasi, sehinggakan tiada lagi hak untuk bersuara fahaman dan pendapat.” menurut kenyataan itu.

Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat melarang penyekatan kebebasan bersuara dan hak berhimpun dengan aman. Penyuaraan solidariti juga merupakan hak yang dijamin Deklarasi Hak Solidariti Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

UIAM turut mendesak universiti yang mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar pro-Palestin untuk membatalkan sebarang tindakan tersebut, serta untuk pihak polis membebaskan pelajar yang ditangkap serta melepaskan mereka daripada sebarang tuduhan.

Dunia tidak berdaya untuk hidup dalam masyarakat akademik di mana kebebasan akademik tidak diberi kepada para ahlinya, sama ada pelajar mahupun kakitangan.

PELAJAR & KAKITANGAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA diwakili: • RCE Greater Gombak Youth • IIUM Academic Staff Association (ASA) • IIUM Student Union (IIUMSU) • Students’ Coordination Committee, CFS-IIUM (SCC) • Kulliyyah-Based Societies Council (KBSC) o Bachelor of Education Students’ Association (BEDSA) o Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages Students’ Society (CASTELLAN) o Law Students’ Society (LAWSOC) o Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences Students’ Society (IRKHSSS) o Information and Communication Technology Students’ Society (ICTSS) o ARCHIMIC Students’ Society o IIUM Pharmacy Student Society (IPhA) o IIUM Science Students’ Society.

Mahallah Representative Coordination Council (MRCC) o Mahallah Siddiq Representative Committee o Mahallah Sumayyah Representative Committee o Mahallah Hafsah Representative Committee o Mahallah Safiyyah Representative Committee o Mahallah Aminah Representative Committee o Mahallah Maryam Representative Committee o Mahallah Ruqayyah Representative Committee o Mahallah Zubair Al-Awwam Representative Committee o Mahallah Al-Zahrawi Representative Committee o Mahallah Zaid bin Harithah Representative Committee o Mahallah Ali Representative Committee o Mahallah Asiah Representative Committee o Mahallah Bilal Representative Committee o Mahallah Khalid Al-Walid Representative Committee o Mahallah Ummu Kalthum Representative Committee o Mahallah Halimatus Saadiah Representative Committee o Mahallah Faruq Representative Committee

Secretariat of Psychology (PSYCSTA) • IIUM English Debate Club (EDC) • IIUM Moots and Client Consultation Club • IIUM Da’awah Council (IDC) • Wawasan Club IIUM • UMNOSiswa UIAM • Titian Wahyu Club (TWC) • Abu Hurairah Club • Secretariat of English Language & Literature (ELITS) • Ma’ruf Club • COMRADE Club • Political Science Students Association (POSSA) • CFS Law Students’ Society (MeLex) • Pre-Sciences Students’ Society (PRESSS) • IIUMTV • Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) CFS IIUM • Economics Students’ Society (ECONSS) CFS IIUM • Foundation Centre of Human Sciences Society (FOCHUSS) CFS IIUM

Creative Multimedia Club CFS IIUM • Global Community Club CFS IIUM • IIUM Phytotech Club • Adventure and Recreational Club IIUM Kuantan • Kelab Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia UIAM • IIUM Film & Creative Production Club • Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung UIAM • Qur’an and Sunnah Studies Students’ Association (QUSSA) • IIUM Arabic Debating and Public Speaking Club • Japanese Division, Language Club IIUM Pagoh (KIZUNA) • Independent Performing Arts Club (InPAC) • Residential Psycho Social Support Group (RPSSG) • Independent Performing Arts Club (InPAC) IIUM Pagoh – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close