MalaysiaPilihan Editor

SPM 2023: 11,713 Calon Dapat Semua A, Catat Gred Purata Nasional 4.60

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.60, berbanding 4.74 pada 2022.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata seramai 11,713 calon memperoleh keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2023, dibandingkan dengan 10,109 calon pada 2022, sekali gus mencatatkan peningkatan.

Katanya, bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2023, turut menunjukkan peningkatan, iaitu seramai 83,112 calon, berbanding 75,322 calon pada 2022.

“Seramai 131,480 calon (35.2 peratus) sekurang-kurangnya lulus semua mata pelajaran pada keputusan SPM 2023, iaitu peningkatan sebanyak 3,296 calon (0.9 peratus), berbanding 128,193 calon atau 34.4 peratus pada 2022.

“Tahun ini peratus calon layak menerima sijil SPM adalah seramai 349,297 calon bersamaan 93.5 peratus berbanding 342,742 calon atau 91.6 peratus pada 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2023 di Kementerian Pendidikan (KPM) di sini, hari ini.

Seramai 373,525 calon menduduki SPM 2023, berbanding 373,974 pada 2022.

Adnan berkata, pencapaian SPM 2023 antara bandar dan luar bandar menunjukkan peningkatan, namun jurang pencapaian calon kekal pada 0.43 mata seperti SPM 2022.

Sementara itu, calon SPM 2023 boleh memperoleh keputusan peperiksaan daripada sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi ini.

Malah, calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan secara dalam talian di myresultspm.moe.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Sistem terbabit diaktifkan bermula jam 10 pagi ini sehingga jam 6 petang 2 Jun ini. – BH ONLINE

 

Pencapaian calon SPM pada 2023 adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.60 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya. - Foto BERNAMA
Pencapaian calon SPM pada 2023 adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.60 berbanding 4.74 pada tahun sebelumnya. – Foto BERNAMA

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close