Ekonomi Islam & Global

Takaful Ikhlas Family Perkenal Dua Produk Baharu

Takaful Ikhlas Family Bhd memperkenalkan dua produk baharu, IKHLAS Bersama dan IKHLAS Dariku yang menawarkan pelan yang menyeluruh dan terma perlindungan yang fleksibel kepada pelanggan.

Dalam kenyataan hari ini, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd itu berkata IKHLAS Bersama terdiri daripada penyelesaian perlindungan mampu milik semua dalam satu untuk pelanggan sehingga umur 70 tahun.

Produk itu menawarkan perlindungan asas untuk kematian, yang boleh ditambah dengan pilihan perlindungan tambahan menyeluruh (rider), iaitu pelanggan boleh campur dan memadankan rider bergantung kepada keperluan mereka.

Rider tambahan menyeluruh menawarkan perlindungan penyakit kritikal, hilang upaya kekal (TPD), kemasukan ke hospital (dengan kad perubatan), pendapatan hospital, pengecualian sumbangan dan perlindungan berkaitan kemalangan.

Sementara itu, IKHLAS Dariku memberi tumpuan kepada pemberian hibah sebagai hadiah.

Selain memberikan jaminan dan keselamatan, IKHLAS Dariku turut merangkumi tambahan manfaat kematian, iaitu keluarga akan menerima tambahan 100 peratus daripada jumlah asas perlindungan untuk kematian akibat kanser, tambahan 200 peratus daripada jumlah asas perlindungan untuk kematian akibat kemalangan, dan tambahan 300 peratus daripada jumlah asas perlindungan jika peserta meninggal dunia semasa menunaikan haji atau umrah.

IKHLAS Dariku turut menawarkan ganjaran tunai kepada pelanggan untuk perkara-perkara seperti perkahwinan, kelahiran anak, pembelian rumah baru, menunaikan haji dan melancong ke lima negara yang berbeza.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Mohd Din Merican berkata kedua-dua produk itu mempunyai faedah khas iaitu Accelerated Death Expense (ADE).

“Dengan ADE, sehingga RM20,000 daripada jumlah perlindungan akan dibayar segera kepada saudara terdekat, selepas kematian peserta.

“Ini untuk mengurangkan masalah kewangan keluarga berikutan kematian orang yang tersayang. Kami berharap rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat akan mengambil peluang untuk menyertai produk baharu kami,” katanya. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close