Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya mengadakan perbincangan secara maya berhubung perjanjian semasa bagi mengurangkan pengeluaran minyak.
Perjumpaan itu diadakan ketika harga minyak pulih sementara berikutan kebanyakan negara sudah mula melonggarkan perintah larangan bagi membendung COVID-19.
13 negara pengeluar minyak termasuk Russia dan Mexico sedang mengenai perjanjian yang dipersetujui April lalu untuk menaikkan harga bahan itu selepas menjunam ketika dunia menghadapi ancaman COVID-19.
Di bawah terma rujukan perjanjian, OPEC dan negara menyokong pertubuhan itu sepakat untuk mengurangkan pengeluaran daripada 9.7 juta tong sehari (bpd) dari 1 Mei hingga akhir Jun.
Namun, melalui perbincangan hari ini, pengeluar minyak mentah dijangka menyentuh berhubung peningkatan kepada 9.7 juta bpd menjelang bulan ini, meskipun kesepakatan itu sukar dicapai.
Perjanjian pada April itu ditandatangani selepas beberapa hari berlakunya pertikaman lidah antara pemain utama, di mana pendapatan mereka terjejas akibat kejatuhan pasaran minyak tahun ini.
Beberapa pemerhati pasaran menjangkakan pengurangan itu akan dilanjutkan lagi tempohnya, kemungkinan besar hingga akhir musim panas atau hujung tahun ini.
Walaupun lebih banyak negara di seluruh dunia secara berperingkat ‘keluar’ dari perintah larangan, penggunaan minyak mentah masih belum kembali ke tahap pra-sekatan.
Di sebalik kesukaran itu, pengurangan pengeluaran ternyata membantu menyokong harga minyak, yang meningkat kepada sekitar RM170 (AS$40) setong pada awal Jun untuk kedua-dua penanda aras Amerika Syarikat (AS) iaitu West Texas Intermediate (WTI) dan kontrak Europe’s Brent North Sea (Brent).
Pada 20 April lalu, kedua-duanya merosot ke paras terendah dalam sejarah, dengan Brent jatuh serendah RM64 (AS$15) dan WTI pula memasuki zon negatif. – AFP