Pilihan EditorTwo Cents

Tamatkan Perbicaraan Jika Tiada Bukti Kukuh

Oleh Shahbudin Embun

 

Istilah pendakwaan politik bukanlah satu perkara asing di negara ini.

Ia sering diutarakan apabila ada pemimpin parti dihadapkan ke mahkamah kerana ‘balas dendam’ oleh musuh politik yang ada kuasa.

Pendakwaan politik itu dibuat bukan kerana ada bukti kukuh tetapi sekadar hendak memalukan pemimpin tertentu.

Jika ada bukti kukuh, pasti rakyat sokong.

Ini berlaku kepada beberapa bekas Menteri Kabinet Barisan Nasional (BN) termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Walaupun hujjah pendakwaraya lemah terutama kenyataan saksi-saksi yang tidak menyakinkan tetapi perbicaraan tetap diteruskan dengan puluhan saksi.

Apabila berlaku pendakwaan politik ini ibarat depa suruh monyet lari tetapi ditarik ekor.

Macam yang dihadapi oleh Tok Najib dan Tok Zahid. Tetapi kena ingat Zahid Hamidi ini apabila dia ditolak atau push to the wall, pasti sesuatu tidak diduga akan berlaku.

Jadi, jangan biar dia jadi ibarat kalajenking jika disengat buruk padah nya.

Bagitu juga Tok Najib, not to take thing likely.

Jangan ingat dia Mr Cool tapi jika dia terlepas geram dia, kita sudah saksikan bekas Peguam Negara pun disingkirnya kerana ingkar pada perintah demi maslahah umum@public interest.

Oleh itu pandai-pandailah faham mereka yang ada kuasa di atas sana bahawa kedua-dua pemimpin UMNO ini bukan tagih simpati tetapi perjalanan politik mereka disaluti dan di baluti duri-duri tajam oleh Regim Mahathir yang mengenakan tuduhan politik yang tidak berasas mengikut  Rule of Law dan simpulan kesakitan mereka itu hanya melalui kuasa yang ada di tangan orang-orang tertentu saja dapat melepaskan jika mahu atau tidak mahu?

Semua kita tahu bahawa semua saksi pendakwa setakat hari ini telah menyebelahi tertuduh iaitu pemimpin kita yang dikhianati dan jika ikut bekas Hakim Mahkamah Tinggi,  VC Vohrah, zaman saya belajar undang-undang dahulu, sudah lama dilepaskan tanpa waima tamat kes dibicarakan sebut bukti pendakwa begitu lemah dan meragukan serta merugikan wang kerajaan dan masa mahkamah saja.

Fikir-fikirlah tulisan ini wahai pemimpin yang ada kuasa.

Jika tiada bukti kukuh eloklah tamatkan perbicaraan demi menjimatkan sumber tenaga, masa dan perbelanjaan semua pihak.

 

  • Penulis ialah seorang peguam.

 

(Semua yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak menggambarkan dasar atau pendirian rasmi BACALAHMALAYSIA.MY)

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close