Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan semula Nor Zahidi Alias sebagai ahli luar bagi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Januari 2023.
Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata, Nor Zahidi adalah ahli luar bagi MPC sejak 1 Januari 2021.
Beliau ialah mantan Ketua Ekonomi di Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC).
Nor Zahidi adalah pemegang ijazah Sarjana dalam bidang Dasar Ekonomi serta Sarjana Muda Ekonomi dari Boston University.
Di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009, MPC bertanggungjawab merumuskan dasar monetari dan dasar-dasar untuk mengendalikan operasi dasar monetari. Akta Bank Negara Malaysia 2009 juga menetapkan proses pelantikan ahli ke MPC. -BERNAMA