GovernansMalaysia

SKMM, PDRM, BNM Disyor Kerjasama Erat Tangani Jenayah Siber – Datuk Fahmi Fadzil

Kerjasama antara pelbagai agensi dan pihak berkuasa perlu dipertingkatkan dalam usaha memerangi jenayah siber dan penipuan dalam talian (scam) yang semakin membimbangkan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata pendekatan menyeluruh melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) amat penting bagi memastikan keselamatan digital negara lebih kukuh.

“Banyak isu keselamatan siber berpunca daripada sikap pengguna sendiri. Jika kita mengamalkan apa yang disebut sebagai ‘cyber hygiene’ yang baik, seperti tidak klik pautan meragukan, menggunakan pengesahan dua faktor dan menukar kata laluan secara berkala, ia mampu membantu melindungi diri daripada menjadi mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi panel pada Forum Menjamin Malaysia Digital yang Lebih Selamat: Memperkukuh Dasar Keselamatan Dalam Talian dan Kesedaran Awam sempena Pameran dan Persidangan Pertahanan & Keselamatan Siber (CYDES) 2025 di Putrajaya pada 3 Julai 2025 lalu. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close