Dimensi BisnesMalaysia

FWD raikan kekuatan rangkaian agensinya sempena ulang tahun ke-20 Al Isra’ Group berkhidmat kepada rakyat Malaysia

FWD Malaysia Holdings Sdn Bhd (“FWD”), salah satu pengendali takaful keluarga terkemuka di Malaysia, terus menunjukkan komitmen dalam membangunkan rangkaian agensi berprestasi tinggi yang menyediakan penyelesaian perlindungan kewangan bermakna kepada rakyat Malaysia.

FWD raikan kekuatan rangkaian kumpulan agensi di bawah FWD Takaful, Al Isra’ Group (AIG) yang baru-baru ini meraikan ulang tahun yang ke-20  menandakan dua dekad dalam menyantuni pelanggan serta menyumbang kepada perkembangan industri takaful di seluruh negara.

Dari kiri: Haji Zulmajdi Bin Omar (Ahli Lembaga Pengarah), Haji Mohd Noor Bin Shaharum (Ahli Lembaga Pengarah), Haji Othman Bin Shaharum (Pengasas), Zaree Abu Zarin (Ketua Pegawai Agensi FWD), Haji Mohd Fadzli Bin Mat Noor (Pengasas), Haji Hafizul Hamdi Bin Hassan (Ahli Lembaga Pengarah) dan Haji Abdul Razak Bin Ibrahim (Ahli Lembaga Pengarah).

Aman Chowla, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Malaysia, berkata: “Pencapaian ulang tahun ke-20 AIG mencerminkan visi, kecekalan dan dedikasi pemimpinnya, sekali gus menunjukkan peranan penting model agensi dalam perjalanan FWD di Malaysia.

“Barisan agensi kami kekal sebagai nadi kepada cara kami berkhidmat kepada pelanggan, dan kami komited untuk terus melabur dalam kejayaan mereka melalui penyediaan alat, keupayaan dan peluang yang diperlukan untuk berkembang maju dalam persekitaran yang semakin dinamik.”

Pencapaian ini turut mengiktiraf sumbangan kolektif para pengasas, pasukan kepimpinan, rakan agensi, wargakerja serta pelanggan AIG yang telah menyokong aspirasi FWD untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap takaful.

FWD akan terus memberi tumpuan kepada pengukuhan nilai cadangan agensinya, melahirkan generasi baharu pemimpin agensi serta memperluaskan peluang mendapatkan perlindungan kepada lebih ramai rakyat Malaysia. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close