GovernansMalaysia

PARLIMEN:Malaysia berpotensi jadi sasaran serangan siber: Anwar minta rakyat kekal tenang, namun sentiasa waspada

Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat kekal tenang, namun harus sentiasa berwaspada susulan kedudukan Malaysia yang berpotensi menjadi sasaran serangan siber.

Perdana Menteri berkata sesetengah negara memilih untuk berdiam diri supaya tidak menimbulkan panik dalam kalangan rakyat, selain ada kota termasuk di Asia, yang mana penduduknya mula menyimpan stok barangan makanan.

Bagaimanapun Perdana Menteri berkata kerajaan memilih untuk mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat supaya rakyat tahu mengenainya, namun tidak mahu rakyat berasa panik.

“Tenang tapi harus waspada. Jika ada apa-apa maklumat mengenai pencerobohan atau gangguan dari segi digital dan teknologi, ini harus dimaklumkan segera.

“Bagaimanapun, saya fikir, jika kita panik, hal itu akan melemahkan kekuatan kita.

“Sesetengah negara mengadakan beberapa pertemuan darurat sekarang tapi semalam, perbincangan kita tidak sampai ke situ, cuma dimaklumkan.

“Jika semalam keputusannya mendesak, saya akan panggil mesyuarat tergempar segera, tak tunggu Jumaat dan keadaan ini, kita pantau saban hari sekarang,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close