Kedai RuncitPilihan Editor

MR D.I.Y Raih Hatrik Anugerah

Bulan ini merupakan bulan penuh anugerah untuk peruncit perkakas rumah kegemaran Malaysia. Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad (MR D.I.Y.) meraih hatrik anugerah apabila dinobatkan sebagai sebagai “Syarikat Paling Cemerlang di Malaysia – Sektor Budi Bicara Pengguna” dalam “Undian Syarikat Cemerlang Asia 2022” oleh ASIAMONEY yang diadakan di Singapura baru-baru ini.

Anugerah tersebut diterima tidak lama selepas peruncit itu menerima dua pengiktirafan lain iaitu – anugerah Syarikat Terbaik 2022 oleh Frost & Sullivan dan Syarikat Terurus Terbaik Malaysia oleh Deloitte Private, kedua-duanya untuk tahun kedua kemenangan. 

“Undian Syarikat Cemerlang Asia” oleh ASIAMONEY direka untuk mengiktiraf syarikat-syarikat tersenarai cemerlang yang menonjol dalam aspek-aspek seperti prestasi kewangan, kecemerlangan kumpulan pengurusan, hubungan pelabur dan inisiatif-inisiatif CSR.

Dalam edisi 2022 ini, undian dikumpul dari 958 pengurus dana, penganalisa, pengurus bank dan agensi penilaian, yang telah mengundi untuk pelbagai kategori bagi memutuskan syarikat tersenarai awam yang mana layak diiktiraf dalam 12 pasaran di Asia.

Mengulas tentang pengiktirafan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y., Adrian Ong berkata, “Kami amat berbesar hati untuk menerima anugerah ini dari ASIAMONEY, sebuah penerbitan perniagaan yang terkemuka dan diiktiraf.

“Di MR D.I.Y, kami percaya bahawa bagi memastikan perniagaan kami mampan, kami perlu memupuk budaya yang diterajui prestasi dan disokong oleh rangka kerja tadbir urus yang kukuh, di samping memastikan impak positif ke atas komuniti-komuniti di mana kami beroperasi.

“Anugerah ini mengiktiraf komitmen kami dalam semua aspek ini. Oleh itu, kami amat menghargainya.

“Pengiktirafan ini tidak mungkin akan dapat dicapai tanpa komitmen dan dedikasi seluruh pasukan kami, terutamanya ketua-ketua unit perniagaan yang menerajui pengurusan dan operasi harian kami.

“Saya dedikasikan anugerah ini kepada mereka, dengan ucapan ribuan terima kasih,” tambah beliau.

Ong berkata walaupun persekitaran operasi peruncitan dan perniagaan kekal mencabar,

“Peruncit menetapkan fokusnya ke atas janji untuk menawarkan pelbagai barangan keperluan harian kepada rakyat di lokasi-lokasi yang mudah dikunjungi, dengan slogan ‘Always Low Prices’.

“Perancangan kami untuk membuka 180 cawangan baru tahun ini sedang berjalan lancar dan ini merupakan sebahagian dari misi kami untuk membawakan konsep peruncitan moden kepada seramai mungkin rakyat Malaysia dengan janji ‘Always Low Prices’.

“Ini akan membolehkan semua mendapatkan lebih nilai untuk Ringgit tanpa menjejaskan keperluan harian keluarga mereka.

“Anugerah ini membuktikan segala usaha kami dapat dilihat dengan jelas,” kata Ong. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close