Duniaku TeknokratGovernansPilihan Editor

Anwar-Elon Musk Bincang Pelaburan Tesla, Perkhidmatan Satelit Starlink

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan secara maya dengan jutawan Elon Musk untuk membincangkan pelaburan pembuatan kereta Tesla di negara ini serta perkhidmatan komunikasi satelit SpaceX.

Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini menjelaskan, kerajaan mengalu-alukan minat serta keputusan pelaburan syarikat berkenaan ke Malaysia dan juga kesediaan Elon untuk datang ke negara ini.

Katanya, Ibu Pejabat, Pusat Servis dan Pusat Pengalaman jenama kenderaan elektrik Tesla juga akan dibuka di Selangor tahun ini,

“Hari ini saya mengadakan pertemuan melalui persidangan video bersama dengan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk. Beliau juga adalah CEO Tesla Inc.

Pertemuan maya Anwar dengan Elon itu bermula pada jam 9.30 pagi tadi dan berlangsung selama kira-kira 25 minit.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, penyertaan syarikat SpaceX dalam perkhidmatan satelit Starlink dapat menyumbang kepada capaian internet yang lebih laju dan meluas.

“…terutamanya di kawasan pedalaman, yang hanya memerlukan infrastruktur fizikal dan tanah yang minima bagi meningkatkan rangkaian internet global.

“Inisiatif ini akan meningkatkan keupayaan dan kesejahteraan rakyat, terutamanya dari aspek pendidikan dan potensi teknologi pertanian serta penjanaan pendapatan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia akan terus memperkasakan komitmen dalam soal pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissions’ seawal-awalnya pada tahun 2050.

“Malaysia mempunyai pelan dan ekosistem komprehensif serta sumber yang berdaya saing dalam menyokong industri tenaga bersih termasuk mobiliti elektrik,” katanya.

Tesla Inc adalah multinasional Amerika Syarikat (AS) yang beribu pejabat di Austin, Texas yang terbabit dalam bidang automotif, kecerdasan buatan (AI) dan tenaga bersih.

Syarikat dan pengeluar kenderaan paling bernilai di dunia dan mempunyai lebih 120,000 pekerja di seluruh dunia, mereka bentuk dan mengeluarkan EV (kereta dan trak), simpanan tenaga bateri dari rumah ke skala grid, panel solar serta produk dan perkhidmatan berkaitan.

Tesla akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 20 Julai ini.

Kemasukan Tesla ke Malaysia dipermudahkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melalui pengenalan inisiatif ‘BEV Global Leaders’ bagi tujuan membantu meningkatkan permintaan BEV dalam pasaran tempatan dan menggalakkan pembangunan keseluruhan ekosistem untuk menyokong penggunaan BEV.

Di samping itu, inisiatif ini bertujuan untuk mendapatkan pelaburan daripada syarikat pengeluar BEV global terkemuka di Malaysia. Tesla ialah pemohon pertama inisiatif oleh MITI ini. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close